AVOCADO

AVOCADO (Persea americana L) adalah sejenis tanaman buah-buahan dari keluarna LAURACEAE
yang di makan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai
kegunaan. Avocado dipercayai berasal dari Puebla, di Mexico. Sejarah
menanam dan makan buah avocado berlaku semenjak beribu-ribu tahun dulu
oleh kaum Atzec di Dataran Andes yang ada mempunyai tamadunnya
tersendiri. Nama lain avocado seperti Avocado, Aligator Pear, Aquacate dan Palta.
Tanaman Avocado tidak popular disemua negara ASEAN seperti Malaysia dan
Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Orang Malaysia
memang jarang yang minat makan buah avocado tidak seperti dibeberapa
negara di Amerika Latin, Caribean, Indonesia dan Filipina yang makan
buah avocado sebagai buah yang amat di minati. Cara makan buah avocado
juga mudah iaitu dengan
membelah buah kepada dua dan ambil isinya kemudian masukan dalam cawan
di campur dengan susu dan sedikit gula. Artikel ini saya akan berkongsi
maklumat dengan pembaca mengenai Teknologi Tanaman Avocado
berdasarkan pembacaan dari beberapa buku dan laman sesawang dan
pemerhatian saya mengenai pokok avocado di Pusat Pertanian Tangkak,
Muar, Johor selama beberapa tahun.
Tanaman Avocado Popular di beberapa negara dengan pengeluaran dunia sebanyak 3.2 juta metrik tan
pada tahun 2010. Negara-negara membangun menyumbangkan sebanyak lebih
82% pengeluaran tersebut di kawasan Latin Amerika dan Caribean. Mexico merupakan pengeluar utama avocado dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun diikuti dengan Indonesia (263,000 mt/tahun), USA
(214 mt/tahun). Beberapa negara pengeluar utama lain seperti Colombia,
Brazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia. Kawasan Asia Pasific dan Asia
Tenggara terus menyumbang sebanyak lebih 11% pengeluaran avocado dunia
melibatkan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Australia .








Khasiat Buah Avokado
Dalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.Artikel kali ini membincangkan tentang Khasiat Buah Avokado yang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti Anti-penuaan, Melindungi daripada kanser, Mengandungi banyak vitamin, mengawal tekanan darah, Mengekalkan kesihatan jantung, Menggalakkan kesihatan mata, persea Americana, Pokok avokado.
PENGENALAN:
Pokok avokado atau nama saintifiknya persea Americana mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti.
Pokok avokado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. Ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Daun pokok avokado mempunyai hujung yang runcing.Buah avokado mengandungi asid oleik iaitu sejenis lemak tak tepu tunggal yang jika dimakan bukan sahaja mampu mengurangkan kolesterol tidak baik, tetapi mampu meningkatkan kolesterol baik. Disebabkan kandungan potassium yang tinggi dalam buahnya, pengambilan avokado secara kerap juga mampu merendahkan tekanan darah.
Kandungan folat di dalam buahnya juga mengandungi zat, baik untuk kesihatan jantung. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa wanita yang kerap mengambil kandungan asid folat, mempunyai risiko yang rendah iaitu sebanyak 55% untuk mendapat serangan jantung dan penyakit jantung.Walaupun avokado tinggi dengan lemak iaitu kira-kira 30gm lemak bagi sebiji avokado, namun itu tidak menghalang buah ini berkhasiat untuk mereka yang mahu mengurangkan berat badan. Pengambilan buah yang kaya dengan kandungan vitamin dan zat, amat baik untuk tubuh kita. Lemak daripada avokado juga dikatakan mampu membantu tubuh berasa lebih kenyang dan menyimpan tahap gula dalam darah daripada meningkat.
Dikatakan, sebiji buah avokado mengandungi kira-kira 300 kalori dengan 88% daripadanya adalah lemak. Ia juga berkesan sebagai pelincir semulajadi bagi membolehkan sendi-sendi tulang bergerak bebas terutamanya di bahagian leher, siku, pergelangan tangan, pinggul, lutut dan pergelangan kaki seterusnya menghindarkan penyaki lenguh-lenguh tulang.
Khasiat
Pakar hortikultur Australia, Jodie Campbell, berkata avokado mempunyai banyak khasiat tertentu yang sangat diperlukan oleh badan.
Ia mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.”Avokado tinggi serat, sumber utama asid folik, yang mana asid folik mengurangkan risiko penyakit jantung dan dalam sesetengah kes, mengurangkan barah,” katanya pada majlis A Taste of Australian Avocados di Kolej Hospitaliti Universiti Berjaya, baru-baru ini.
Campbell yang bertugas dengan Supply Chain Innovations di Queesnland, Australia berpengalaman dalam bidang sains pertanian ini menjelaskan avokado juga bersifat kaya dengan lemak tidak tepu yang boleh menyumbang kepada kerendahan kandungan kolesterol dalam badan.Avokado juga, katanya, mengandungi glutathione, bahan antioksidan yang menghalang pelbagai jenis karsinogen dalam badan serta mempunyai potasium yang bermanfaat untuk rawatan artvitis dan haemorrhoids.
“Kajian dilakukan di Pusat Perubatan Wesley Brisbane menyatakan pengambilan separuh daripada avokado setiap hari selama sebulan boleh membantu menurunkan berat badan dan mencapai tahap kolesterol yang rendah,” katanya.
Selain itu ia juga digunakan:
1) Mengawal tekanan darah
Avokado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.
2) Menggalakkan kesihatan mata
Avokado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana
ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.
3) Melindungi daripada kanser
Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avokado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.
4) Menyembuhkan nafas berbau
Avokado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula
jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia
membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.
5) Ciri-ciri anti -penuaan
Avokado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala
penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses
penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.
6) Penjagaan Kulit
Minyak avokado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana
keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya.
Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.
7) Berat badan
Avokado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya ,
buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana
jumlah yang tinggi kalori, avokado adalah makanan yang terbaik bagi
orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avokado adalah sumber
kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin
mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.
8) Mengekalkan kesihatan jantung
Avokado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu
mengawal tahap homocysteine . Tahap homocysteine dikaitkan dengan
peningkatan risiko penyakit jantung. Avokado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.
9) Vitamin E Powerhouse
Avokado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang
penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu
mengekalkan kesihatan keseluruhan.
10) Mengandungi banyak vitamin
Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.
Sejarah Penanaman.
Sejarah menanam dan makan buah avokado telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dulu lagi oleh kaum Aztek di lembah Andes yang mempunyai tamadunnya tersendiri. Tanaman avokado tidak popular disemua negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Orang Malaysia kurang meminat makan buah avokado tidak seperti di beberapa negara Amerika Latin, Caribbean,
Indonesia dan Filipina yang amat menggemari makan buah avokado. Cara
makan buah avocado juga mudah iaitu dengan membelah buah kepada dua dan
ambil isinya kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan
sedikit gula.
Tanaman Avocado popular di beberapa negara dengan pengeluaran dunia sebanyak 3.2 juta metrik tan pada tahun 2010. Negara-negara membangun menyumbang sebanyak lebih 82% pengeluaran tersebut di kawasan Amerika Latin dan Caribean. Mexico merupakan pengeluar utama avokado dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun diikuti dengan Indonesia (263,000 mt/tahun), dan Amerika Syarikat (214 mt/tahun). Beberapa negara pengeluar utama lain seperti Colombia, Brazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia. Kawasan Asia Pasifik dan Asia Tenggara terus menyumbang sebanyak lebih 11% pengeluaran avokado dunia melibatkan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Australia.
Tanaman Avocado popular di beberapa negara dengan pengeluaran dunia sebanyak 3.2 juta metrik tan pada tahun 2010. Negara-negara membangun menyumbang sebanyak lebih 82% pengeluaran tersebut di kawasan Amerika Latin dan Caribean. Mexico merupakan pengeluar utama avokado dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun diikuti dengan Indonesia (263,000 mt/tahun), dan Amerika Syarikat (214 mt/tahun). Beberapa negara pengeluar utama lain seperti Colombia, Brazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia. Kawasan Asia Pasifik dan Asia Tenggara terus menyumbang sebanyak lebih 11% pengeluaran avokado dunia melibatkan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Australia.