Sunday, July 10, 2011

KURSUS PENTERNAKAN DAN PEMBENIHAN IKAN KELI 3HARI 2MALAM DGN KOS PALING RENDAH





PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN
  • Kursus Teknik Aruhan Keli
  • Kursus Membuat Pallet Makanan Ikan
  • Kursus Penternakan Ikan Keli, Puyu, Talapia Merah
  • Menyediakan Peralatan Akuakultur (Kanvas / Tangki Fiber / Tangki HDPE)
  • Khidmat Nasihat
  • Kursus diluar Kawasan
  • Membekal anak benih Ikan


Bagaimana Membuat Pembenihan Teknik Aruhan Ikan
Pengurusan Tempat Pembiakan
Pengurusan Tempat Penetasan
Pengurusan Pembesaran Ikan
Pengurusan Pemasaran


Kursus Penternakan dan pembenihan ikan keli , puyu, talapia merah serta cara cara membuat pelet makanan ikan untuk pembesaran.

KOS YANG PALING RENDAH  3HARI 2MALAM
HANYA RM350.00 SEORANG
  • Tempat Penginapan Disediakan
  • Nota dan Sijil
  • Suasana Tempat Berkursus yang Selesa (Ala Perkampungan)
  • Makan dan Minum Disediakan (Pagi, T.Hari dan Malam)
  • Peserta Berpeluang Menikmati Masakan Ikan Keli Tiga Rasa Hasil Ternakan

PENDAFTARAN KINI DIBUKA

Tempat terhad Kepada 15 Orang Sahaja
Sila Semak Kekosangan dan SAHkan Kehadiran sebelum membuat bayaran.

Sila Deposit ke Akaun:

Azmi Mahmud bin Ramli CIMB 1442-0066764-52-0
Bayaran Deposit RM100 hendaklah didepositkan keakaun diatas dan bakinya hendaklah dijelaskan semasa pendaftaran. Sila bawa slip pembayaran deposit dihari pendaftaran.

Untuk Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi 011-18330111 Azmi 








Thursday, June 30, 2011

ZAKAT TERNAKAN

Zakat ternakan ialah zakat yang wajib dikeluarkan apabila sempurna syarat-syaratnya bagi semua pemilik haiwan ternakan yang wajib dikenakan zakat. Haiwan ternakan yang diwajibkan zakat adalah kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta.





DALIL WAJIB ZAKAT TERNAKAN



Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

"Daripada Muaz Ibnu Jabal, beliau berkata: Baginda Rasulullah SAW telah mengutus aku ke Yaman dan beliau memerintahkan aku dari setiap 40 ekor lembu, satu ekor lembu *musinnah (seekor lembu betina yang umurnya mencapi 3 tahun) dan dari tiap-tiap 30 ekor lembu, **tabi`, atau tabiah (satu ekor lembu jantan atau betina yang mencapai umur 2 tahun)."



(Riwayat Ibnu Majah)



* Musinnah: Lembu betina berumur 2 tahun lebih

** Tabi`: Lembu jantan berumur 1 tahun lebih





SYARAT WAJIB ZAKAT TERNAKAN



1. Islam

2. Sempurna milik

3. Merdeka

4. Cukup Nisab (Genap setahun)

5. Binatang ternakan yang tidak digunakan

untuk bekerja seperti membajak sawah,

menarik kereta dan sebagainya.



KETERANGAN



Binatang yang hendak dizakatkan hendaklah yang sempurna dan tidak cacat seperti hilang kaki atau tangan dan sebagainya. Ini berdasarkan firman Allah SWT yang bermaksud:



"Dan janganlah kamu sengaja memilih yang buruk-buruk daripadanya lalu kamu dermakan atau jadikan pemberian zakat."



(Surah Al-Baqarah:267)







SIFIR KIRAAN ZAKAT LEMBU/KERBAU



KADAR NISAB KADAR ZAKAT

Bilangan (ekor) Bilangan Jantina Umur

30 - 39 1 ekor Jantan 1 tahun lebih*

40 - 49 1 ekor Betina 2 tahun lebih**

60 - 69 2 ekor Jantan 1 tahun lebih*

70 - 79 1 ekor &

1 ekor Jantan &

Betina 1 tahun lebih & *

2 tahun lebih**

80 - 89 2 ekor Betina 2 tahun lebih**

90 - 99 3 ekor Jantan 1 tahun lebih*

100 - 109 2 ekor &

1 ekor Jantan &

Betina 1 tahun lebih & *

2 tahun lebih**

110 - 119 2 ekor Jantan 1 tahun lebih*

120 ke atas 3 ekor atau

4 ekor Betina @

Jantan 2 tahun lebih & **

1 tahun lebih*



* Apabila bilangan itu lebih daripada yang dinyatakan di atas, maka bagi setiap 30 ekor lembu diwajibkan zakat 1 ekor anak lembu jantan yang berumur satu tahun. Bagi setiap 40 ekor anak lembu diwajibkan zakat satu ekor anak lembu betina yang berumur 2 tahun.



** Tetapi jika ternakan bercampur, maka zakatnya terserah kepada pembayar samada boleh memberi lembu/kerbau yang lain atau daripada pemeliharaan itu. Pilihlah yang sederhana untuk keluarkan zakat.







SIFIR KIRAAN ZAKAT KAMBING/BIRI-BIRI



KADAR NISAB KADAR ZAKAT

Bilangan (ekor) Bilangan Jantina Umur

40 - 120 1 ekor kambing biri-biri atau

1 ekor kambing Jantan/Betina



Jantan/Betina 1 tahun



2 tahun

121 - 200 2 ekor kambing biri-biri atau

2 ekor kambing Jantan/Betina



Jantan/Betina

1 tahun



201 - 399 3 ekor kambing biri-biri atau

3 ekor kambing Jantan/Betina



Jantan/Betina 1 tahun



2 tahun

Penambahan seterusnya: Tiap-tiap 100 ekor 1 ekor kambing biri-biri atau

1 ekor kambing Jantan/Betina



Jantan/Betina 2 tahun



Setiap pertambahan 100 ekor, zakatnya ditambahkan 1 ekor kambing 2 tahun dan seterusnya.

Jika semua kambing sampai nisab itu jantan maka harus dikeluarkan yang jantan sebagai zakat, tetapi apabila ada antaranya yang betina hendaklah sebahagian dari zakat yang dikeluarkan itu betina.

Jika bercampur kambing dan biri-biri serta beberapa jenisnya maka apabila cukup nisab, bolehlah dikeluarkan zakatnya mengikut pilihan tuannya samada kambing atau biri-biri

info: http://web.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/ternakan.asp

Thursday, March 24, 2011

Menara Condong TELUK INTAN
















Orang Teluk Intan la katakan.
Dalam Gambar Unser yang dinaiki bersama dengan keluaga tercinta bersiar siar

Thursday, March 17, 2011

ITIK

PENDAHULUAN




Menternak itik tidaklah begitu sukar sebagaimana menternak ayam. Itik mempunyai daya hidup yang tinggi dan tidak mudah diserang penyakit. Cara pemeliharaan dan pengurusannya mempunyai sedikit perbezaan dan lebih mudah jika dibandingkan dengan ternakan ayam.



PEMILIHAN BAKA

Baka itik merupakan faktor penting bagi menentukan pengeluaran yang baik. Anak-anak dari pengeluar atau pusat-pusat penetasan yang diakui keunggulan performannya hendaklah diperolehi.

Ciri-ciri baka itik penelur yang berkualiti ialah:-
-Mempunyai daya hidup yang tinggi
-Bebas dari kecacatan
-Penghasilan telurnya adalah abaik (kira-kira antara 260 - 300 biji setahun)
-Menghasilkan telur yang berkualiti
-Berat antara 65 - 75 gm sebiji
-Kulit telur adalah keras
-Warna kuning telur kemerah-merahan
-Saiz badannya sederhana. Berat badan semasa bertelur di antara 1.3 - 1.8 kg
-Ruang antara tulang punggung (pelvic) adalah luas.


Baka-baka itik telur yang sesuai adalah kacukan Khaki Champbell dari Thailand, Taiwan dan Australia.









PERUMAHAN DAN PERALATAN

Rumah itik haruslah mempunyai ciri-ciri berikut:-
1. Peredaran udara yang sempurna. Peredaran udara yang baik dapat menolong mengeringkan kelembapan dan menghapuskan gas amonia dari najis itik.
2. Saiz rumah mestilah sesuai dengan jumlah itik yang hendak dipelihara. Jangan membina rumah itik dengan terlalu sempit atau terlalu besar. Saiz yang sesuai bagi seekor itik dewasa ialah 3 - 4 kaki persegi.
3. Seelok-elok ia hendaklah didindingkan. Dinding yang sesuai ialah lebih kurang 3 kaki dari paras lantai. beberapa buah pintu perlulah dibuat menghala ke kawasan lapang. Tujuan pintu ialah bagi mempastikan semua itik-itik dapat dikurung di dalam reban pada malan hari supaya selamat dari musuh dan tidak bertelur dimerata-rata yang boleh menyebabkan telornya kotor dan hilang.
4. Rumah itik mestilah mempunyai rekabentuk yang sesuai supaya mudah penternak keluar masuk membersih, merawat dan mengumpul telur.

PERALATAN

Induk palsu antaranya:

Hover, Infrared, Bulb yang tinggi kuasa, Lampu minyak tanah,

Bekas makanan/minuman (sama seperti peralatan ayam)

Sarang bertelur

Lain-lain seperti bekas telur, baldi, sekop pembancuh makanan dan sebagainya


PEMAKANAN
Satu lagi faktor penting dalam menentukan penghasilan dan kejayaan projek ialah pemakanan. Pemakanan adalah faktor yang boleh dikawal bagi mendapatkan hasil yang memuaskan. Dari segi ekonominya pula makanan akan menentukan kos pengeluaran. Oleh itu penternak mestilah pandai menilai jenis-jenis makanan yang baik danmenjimatkan perbelanjaan di dalam mengendalikan projek.

Terdapat 2 jenis makanan yang sesuai untuk itik telur.
1. Makanan komersil
2. Makanan campuran sendiri


1.Makanan Komersil
Ialah makanan yang dikeluarkan oleh kilang pembuat makanan ternakan yang mana ianya mempunyai zat-zat keperluan mengikut umur dan jenis ternakan.



Umur                           Jenis Makanan                                                       Kandungan
                                                                                                         Protin              Tenaga

0- 2 minggu                "Duck Starter"                                                 20 %               2700-3000
2 - 3 minggu               "Duck Starter" dicampur "Duck Grower"              -                      -
4 - 16 minggu             "Duck Grower"                                                16 %               2500 - 2800
16 minggu dan            "Layer"                                                             17 %              2600 - 2900
semasa bertelur


2. Makanan Campuran Sendiri
Satu rumusan makanan yang mengandungi zat-zat keperluan dari bahan-bahan yang murah didapati dan diadun sendiri bagi penghasilan dan kesihatan yang baik.

Bahan-bahan:-
Beras hancur (temukut), dedak padi, baja ikan, baja udang, serbuk kacang soya, layer premix vitamin dan galian, batu kapur, jagung, synthetic pigment dan lain-lain .

Anggaran seekor itik memerlukan makanan seperti berikut:-

Umur
0 - 4 minggu                                          1.2 kg. - 1.6 kg.
5 minggu - 22 minggu                             11.0 kg - 11.8 kg
22 minggu ke atas (semasa bertelur)       160 hingga 170 gm bagi tiap-tiap seekor/hari

Bagi itik telur, mengawal makan perlulah dilakukan sejak umurnya 7 minggu. Kawalan makanan boleh juga dilakukan dengan melihat berat badan itik tersebut berat yang sesuai bagi itik yang sedang bertelur ialah diantara 1.3 kg hingga 1.75 kg. (bagi itik Khaki Cambell berat maksima ialah 1.95 kg).

KESIHATAN DAN KAWALAN PENYAKIT

Itik boleh juga diserang penyakit. Kawalan haruslah dilakukan bagi mengelakkan dari terkena serangan penyakit iaitu:-

Menjaga kebersihan ladang setiap masa
Memberi makanan yang baru bermutu dan tidak berkulat
Memberi air bersih. Air yang mengandungi ubat " antistress" harus diberi pada umur itik 1 - 3 hari.
Itik yang menunjukkan tanda sakit perlulah diasingkan untuk rawatan atau pun di takai
Mencuci reban dengan pembasmi kuman seperti lysol, lindoress sebelum ketibaan anak- anak itik yang baru
Menghubungi Jabatan Perkhidmatan Haiwan jika terdapat tanda-tanda penyakit.

KEPERLUAN CAHAYA

Cahaya adalah penting dalam penternakan itik penelur. Cahaya boleh didapati dari cahaya semulajadi iaitu matahari dan juga cahaya tambahan iaitu lampu pada malam hari.

2 sebab cahaya mustahak pada malam hari ialah:-
Untuk menerangi seluruh kawasan bangsal bagi mengurangkan tabiat itik yang mudah terperanjat dengan sesuatu benda asing atau bunyi di dalam suasana gelap.

Mempercepatkan dan menambahkan pengeluaran telur

Itik-tik telur yang berumur 20 minggu ke atas memerlukan sekurang-kurangnya 16 jam cahaya secara terus menerus. memandangkan tempoh cahaya pada waktu siang ialah lebih kurang 12 jam maka, adalah dicadangkan supaya tambahan 3 - 4 jam lagi boleh diperolehi dari cahaya lampu yang dipasang di dalam bangsal.

Keperluan cahaya/kuasa lampu letrik ialah sebanyak 250 watt/1000 kaki persegi.

Jarak di antara lantai dengan lampu letrik ialah 7 kaki

Jika perlu penternak boleh menggunakan suis jangka (time switch) bagi memudahkan pengurusan cahaya lampu ini.


PENGURUSAN

Pengurusan yang cekap menitikberatkan segala aspek pengurusan bagi mencapai satu tahap penghasilan yang maksima dengan kos pengeluaran yang minima. Aspek-aspek ini melibatkan pengendalian:


Persediaan sebelum ketibaan anak itik



Pemeliharaan semasa perindukan



Pengurusan semasa membesar



Pengurusan semasa bertelur



Persediaan Sebelum Ketibaan Anak Itik



Sediakan alat pembentung untuk induk palsu. (3 meter garispusat boleh memuatkan 500 ekor anak itik)



Sediakan abuk papan/jerami padi di dalam pembentung setebal 3 - 4 inci.



Sediakan air minum dan pasangkan alat pemanas 2 - 3 jam sebelum anak itik sampai.



Pemeliharaan Semasa Perindukan



Anak itik perlu diberi minum terlebih dahulu. Selepas 1/2 jam baharulah anak itik boleh diberi makan.



Masa perindukan adalah selama 20 - 25 hari. Pasangkan alat pemanas seperti biasa. Lihat taburan anak itik untuk menentukan tahap kepanasan yang diperlukan.



Beri antistress selama 3 hari.



Beri makanan duck starter crumble tanpa had



Pembentung perlu dibesarkan mengikut saiz itik dan tambah bilangan bekas makan dan minum ikut kesesuaian.



Pastikan alas lantai sentiasa kering dan balik-balikan.





Pengurusan Semasa Membesar



Keluarkan alat pemanas dan pembentung



Tukarkan bekas makan dan minum dengan bekas yang besar



Alas lantai (habuk papan) hendaklah sentiasa kering



Beri makanan Grower Pellet atau jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 16 % protin dan Tenaga 2500 - 2800k/cl



Timbang 2 - 3 ekor itik dalam satu kumpulan untuk menentukan berat .



Itik yang berumur 7 minggu hendaklah dikawal sukatan makanannya supaya tidak terlalu gemuk sehingga tidak boleh bertelur.



Pengurusan Itik Semasa Bertelur



Itik akan mula bertelur apabila berumur 20 - 22 minggu. Oleh itu :-



Beri makanan jenis Layer Pellet. Jika menggunakan makanan campuran pastikan mengandungi 2600 - 2900 k/cl.



Makanan ini hendaklah dimulakan pada umur itik 16 minggu atau 4 - 5 minggu sebelum bertelur.



Bagi makanan mengikut sukatan yang betul (150 - 170 gm sehari /ekor.



Lain-lain makanan tambahan seperti rumput dan sayuran elok dicampur sama



Bagi menentukan mutu telur bahan pewarna Synthetic Pigment boleh dicampurkan ke dalam makanan (100 gm SP + 100 kg makanan campuran sendiri)



Masukkan sarang bertelur (1 kotak = 5 ekor itik)



Kurung itik di dalam kandang setiap malam supaya tidak bertelur merata-rata



Pungut telur setiap pagi sebelum diberi makan



Semak keperluan cahaya mengikut umur itik







PENGHASILAN



Hasil-hasil yang boleh di dapati dari projek menternak itik ialah :-





Telur Itik Segar



Boleh dijual kepada pemborong atau kedai membuat kek tempatan atau orang persaorangan. Telur itik digredkan dengan mengambil kira dari segi kekuningan isi telur Ini boleh dilihat melalui pengukur warna (Kipas roche) Telur yang bermutu di pasaran ialah di antara 13.6 - 15.0.



Telur Masin



Telur masin adalah telur yang diawit untuk dimakan atau disimpan lama. harganya adalah lebih baik dari telur segar.



Cara untuk memproses telur masin boleh di dapati di bahagian penerbitan.



PENGURUSAN REKOD



Menyimpan rekod adalah sangat mustahak. Rekod catatan adalah satu daripada beberapa perkara yang mesti bagu mengujudkan satu pengurusan yang sempurna. melalui rekodlah sesuatu projek diberi penilaian samada menguntungkan atau sebaliknya. Disamping itu rekod adalah perlu bagi memberi gambaran untuk merancang masa hadapan.



Terdapat 2 jenis rekod yang diberi keutamaan






Rekod pemeliharaan/pengurusan






Rekod kewangan


Cara Membuat Telur Itik Masin V1Cara membuat telor masin komersial oleh peserta kursus menternak puyuh,ayam dan itek di Pusat Latihan Penternakan Ayam,Jabatan Perkhidmatan Haiwan, Melaka.



Bahan utama hanya 4 perkara:

1. 20 biji telur itik

2. Garam 50% tanah liat 50%,ini bermakna garam 500 gram dan tanah 500 gram.

3. Sekam padi yang dibakar.

Perhatian; Tanah hendaklah dari tempat yang bersih dan tidak berbau busuk.Kalau 100 biji telur agak2 la berapa kilo tanah dan garam yang mencukupi,

kalau 100 biji telur anggaran dalam 5 kilo tanah + 5 kilo garam kot? Nanti buat ada la pengalaman.

Persediaan:

1. Telur dibasuh bersih dengan span hijau dan dikeringkan.

2. Adun, uli atau kisar hingga sebati antara garam dengan tanah sehingga seperti tepung goreng pisang,agar mudah melekat pada telur apabila dicelupkan telurke dalamnya. Kalau boleh dibiarkan adunan itu beberapa jam agar sebati.

3. Untuk membunuh kuman atau bakteria yang mungkin ada,elok di kukus adunan itu,kalau tak nak bunuh kuman atau bakteria pun tak apa,kerana barangkali kuman dan bakteris tidak boleh masuk dalam telur yang hendak dijeruk.(Kalau nak tahu kuman boleh masuk ke tak,rujuk ke doktor itik).

4. Sediakan sekam padi yang sudah dibakar dan sejuk.

Cara2 membuat:

Setelah semua bahan ada di depan mata,celup telur kedalam adunan tanah liat dan garam dan golekkan ke atas sekam hingga terlindung adunan tanah,ramas2 dan tekan2 sekam ke telur dan susun atau letakkan telur dalam tempat simpanan.Kalau khusus untuk dijual,teruskan masukan ke dalam plastik dan susun dalam almari atau bekas penyimpanan.Jangan lupa bubuh tarikh dan selepas 10 hari boleh uji dan rasa sendiri akan hasilnya.Selepas 20 hari boleh rasa sekali lagi dan kalau rasa sudah boleh dijual maka juallah, apa tunggu lagi.Kalau tak nak jual pun beri percuma kat sanak saudara atau jiran,tentu seronok dapat memberikan hasil


Cara Membuat Telur Itik Masin V2

Setiap kali ke gerai ataupun restoran makanan, saya selalu melihat telur masin yang dibelah dua, dan adakala saya mengambilnya untuk dimakan bersama dengan nasi, dan adakalnya saya hanya memandangnya sambil menangguhkan hasrat di hati. hehehe.. Secara tidak langsung, hari ini saya menemui maklumat mengenai cara membuat telur itik masin. Bukankah mudah kalau ia dibuat sendiri, dan boleh juga dibuat untuk menambah sumber pendapatan? Em, rezeki Allah terbentang luas di mana-mana. Selamat membaca semua…

Pendahuluan

Telur masin adalah telur yang diawet yang disediakan dari telur itik. Telur masin merupakan makanan yang berkhasiat. Proses pengawetan telur masin adalah satu proses yang mudah, ringkas dan menguntungkan. Proses yang dilakukan tidak melibatkan peralatan yang mahal. Memandangkan kandungan zat pemakanannya yang tinggi, telur masin amatlah sesuai dijadikan sumber makanan protin.

Bahan Mentah

Bahan yang diperlukan untuk mengeluarkan 2500, 500 atau 100 biji telur masin:-

BAHAN                                                      2500 biji                  500 biji                     100 biji

Telur Itik (biji)                                              2500                       500                           100

Garam Halus (kg)                                         18.0                        3.6                            0.72

Tanah Liat kering (tanah warna kuning) (kg)  22.5                       4.5                            0.70

Air (liter)                                                      15                          5.0                            0.60

Sekam Padi yang dibakar hitam (kg)             6.25                      1.25                          0.25



Cara memproses

-Telur itik dipilih dari jenis bermutu tinggi. Telur yang mempunyai kuning telur yang kemerah-merahan adalah lebih sesuai kerana ia akan menghasilkan telur yang bermutu tinggi.

-Telur dibasuh untuk membersihkan segala kotoran yang melekat pada kulitnya.

-Tanah liat dikeringkan, ditumbuk halus dan diayak untuk memudahkan penyediaan perekat (paste).

-Perekat disediakan dengan membancuh tanah liat, garam halus dan air di dalam bekas sehingga sebati.

-Telur dicelup ke dalam perekat agar satu lapisan perekat menyaluti telur tersebut.

-Telur tersebut kemudiannya digolekkan di atas sekam padi bakar (hitam) sehingga keseluruhan telur tadi disaluti sekam padi dan lapisan asal (perekat) tidak tanggal.

-Telur dimasukkan ke dalam kotak kayu dan disimpan selama 25 – 30 hari sebelum dijual.



Monday, March 14, 2011

Projek 2011/1 Ayam Mutiara

Nantikan bekalan Ayam Mutiara dari Arau bagi menambah koleksi dalam reban. Kepada pengemar Ayam Mutiara disekitar boleh berurusan terus dengan Firas Farms melalui:
CDMA h/p: 011-18333110

Merenung Masa depan

Kawanan Mutiara Bersantai

Mutiara Jantan dan Betina.

Bukan senang nak cam jantina ayam mutiara / api-api ni. Tambahan pulak waktu kecik-kecik.Kalau dah >3bln senangla sket. Kat bawah ni antara tips-tips yang saya dapat dari forumer bicarajutawan.com:


-Subang atau cuping Jantan lebih lebar dan merah menyala.
-Tanduk di kepala Jantan lebih besar dan tajam.
-Kadang2 jantan tumbuh taji
-Bunyi pejantan 1 “syllable” aje i.e. Chi… chi… chi… (tak boleh bunyi mcm betina)
-Bunyi betina 2 “syllable” i.e. Be-keek… Be-keek… Be-keek… (tapi dia boleh bunyi mcm jantan juga)
-Bentuk badan jantan bulat membongkok
-Bentuk badan betina memanjang
-Kalau kita tangkap & rasa ruang antara peha sibetina lebih lebar dari sijantan


Sunday, March 13, 2011

Projek 2011/2 Ayam Piru @ Ayam Belanda @ Ayam Turki

Salam Semua. Nantikan ketibaan 50 ekor  anak Ayam Piru daripada Kuala Ketil. Thanks Rafi. Kepada pengemar baka ini boleh berurusan terus melalui email atau H/p. Terima Kasih.
"Pertanian adalah Perniagaan"