LAKARAN RUANG RENTAS UMAH MELAYU LAMA
Ruang
rumah Melayu pada zaman dahulu biasanya tidak berbilik kerana
masyarakat Melayu pada masa itu mementingkan perjumpaan atau berkumpul
secara beramai-ramai untuk majlis keramaian dan juga upacara
keagamaan.Secara terperinci, ruang-ruang yang terdapat pada rumah Melayu
tradisional ialah anjung atau sorong serambi, selasar, rumah ibu,
bilik, serambi dalam, dapur, pelantar atau lambur dan jemuran serta
ruang bawah rumah.
Dari sudut rekabentuk, rumah Melayu boleh
dikatakan amat canggih dan memuatkan ciri- ciri bestari, lagi kena
dengan gaya hidup selesa mengikut adat dan alam.Ciri-ciri pintar ini
termasuklah penyejukan atau pengudaraan semulajadi (natural
ventilation), peneduhan (shading), keselamatan dan keamanan (safety and
security) serta ‘kepersendirian’ (privacy).Contohnya sifat paling ketara
pada rumah tradisi Melayu ialah ianya didirikan atas tiang. Pelbagai
kelebihan muncul dari ‘keterapungan’ ini; termasuklah mengelakkan dari
mudah masuknya binatang liar, serta terangkat dari aras banjir.
Rumah
juga lebih sejuk akibat pengudaraan pada semua bahagian (dari atas,
tepi-tepi dan bawah). Selain itu, ruang kosong di bawah rumah ada juga
menyebut ‘polong’ iaitu menjadi tempat yang sesuai untuk menyimpan
segala macam barang perkakas.Rumah tradisi yang memang terangkat atas
tiang bagi menambah pengudaraan itu juga ada pelbagai gaya tingkap,
termasuk jenis tingkap sependiri seperti ‘French window’, guna untuk
masuk angin dan cahaya.
Dengan adanya berbagai keping ukiran
berlubang di dinding bukan saja sebagai perhiasan, tapi juga bagi
menggalakkan udara dan cahaya masuk menceriakan rumah. Ukiran-ukiran
pada rumah Melayu berunsur corak geometrik atau tumbuhan (tiada corak
fauna hidupan kerana larangan agama), dan banyak yang amat halus
pengukirannya.
Terdapat pelbagai variasi tingkap rumah Melayu
mengikut citarasa dan kepandaian tukang- tukang rumah
dahulu.Tingkap-tingkap mendominasi tampak dari segenap sudut pandangan
rumah dan memberikan pengaliran udara yang secukupnya kepada rumah.
Tingkap dan kekisi rumah MelayuKebanyakan
tingkap adalah dari jenis yang bukaannya ke luar dan mempunyai kayu
kekisi di bahagian bawah tingkap sebagai peredaran udara keluar dan
masuk dan juga berfungsi sebagai palang keselamatan bagi anak- anak
kecil. Selain itu bahagian tingkap juga tidak terlepas dari hasil kerja
tangan yang halus dengan adanya ukiran-ukiran dari jenis tebuk timbul
yang mempunyai motif flora dan geometri yang pelbagai.Semua negeri di
Malaysia terdiri dari rumah bumbung tetapi selepas kedatagan penjajah ia
berubah bentuk kepada bentuk limas dan bumbung Belanda.
Bumbung rumah Melayu sentiasa jenis condong untuk kesesuaian cuaca hujan panas tropika.
Bagi
bahan penutup bumbung tradisi, yakni anyaman pelepah daun seperti nipah
ataupun bumbung genting tanah liat seperti yang dipanggil genting
‘Senggora’ di Pantai Timur Semenanjung Melayu, juga memainkan peranan
menyejukkan rumah. Malangnya sekarang ini kepingan zink lebih
disukai-ramai kerana ianya murah dan senang dipasang, tapi menyebabkan
rumah lebih berbahang dan bising pula semasa hujan.Bahan yang digunakan
untuk menghasilkan bumbung juga sesuai dengan cuaca dan keadaan pada
masa tersebut.
Ada dua kategori utama bumbung iaitu: gaya
‘bumbung panjang’ (atap pelana) dan keduanya ‘bumbung lima’ atau ‘limas’
(atap perisai). Bumbung panjang ialah jenis yang lebih mudah, yakni
hanya satu perabung membentuk bukaan segitiga di kedua- dua hujung yang
membenarkan pemasangan penutup tebar layar.
‘Bumbung lima’ ialah
jenis yang ada lima perabung (atau juga empat perabung bagai piramid
untuk struktur ringkas seperti pondok wakaf). Lebih canggih lagi,
‘bumbung lima’ ini ditambah struktur segitiga di atasnya lalu dipanggil
‘limas’ (dari ‘lima emas’ karena suatu masa dulu hanya rumah orang
berada atau pembesar yang berbumbung limas, dan mungkin mula digunakan
semasa Kesultanan Johor- Riau).
Dua-dua jenis bumbung ini boleh
melahirkan apa jua kombinasi bentuk bumbung yang boleh difikirkan, dan
ada tempat yang mempunyai corak bumbung tersendiri seperti bumbung rumah
Minangkabau Negeri Sembilan (sejenis bezaan ‘bumbung panjang’). Bumbung
rumah tradisi juga pasti ada unjuran (emper/overhangs) untuk teduh dari
panas dan hujan lebat.Sepanjang tepian hujung bumbung pula selalu
dipasang cucur atap atau papan cantik berukir menandakan kehalusan seni
masyarakat Melayu.
Sesetengah rumah pula ada bilik di dalam
rongga bumbung iaitu seperti ‘attic’, kadangkala dipanggil ‘loteng’ atau
‘lenting’, manakala membuat rumah yang sedia terangkat atas tiang itu
menjadi rumah tiga tingkat. Malahan telah ada istana kayu lama yang
dibina setinggi lima atau enam tingkat, dengan struktur tanpa sebarang
paku pun. Satu contoh indah ialah Istana Seri Menanti di Negeri
Sembilan, Malaysia selain juga di Sumatera, Borneo dan Tanah Bugis,
Sulawesi.Reka bentuk rumah Melayu sememangnya unik dan mempunyai nilai
indentitinya yang tersendiri.
Anjung
Ruang
Anjung biasa digunakan oleh kaum lelaki untuk menjalankan kerja rumah
seperti mengayam pukat, jaring dan sebagainya.Anjung adalah tempat untuk
berehat dan berbincang bagi kaum lelaki. Ruang ini juga ada disebut
sebagai serambi.Penggunaan anjung dihadapan rumah sebagai penyambut
tetamu dan halaman ruang tamu yang terang-terangan dikhususkan buat para
tetamu.Selain dari memperuntukkan halaman yang luas di bahagian hadapan
rumah, hiasan yang menarik sebagai daya tarikan tetamu, halaman rumah
masyarakat Melayu juga lazimnya mempunyai ruang di salah satu bahagian
sisi rumah sebagai tempat berkumpul atau beraktiviti. Ruangan ini
berfungsi sebagai kawasan sekiranya hendak melaksanakan sesuatu majlis
seperti kenduri, berpersatuan dan sebagainya.
Ibu
Rumah Ibu merupakan salah sebuah ruang dalam reka bentuk rumah Melayu yang utama.
Ruang
utama ini dipanggil “ Rumah Ibu” kerana bersempena menghormati peranan
ibu sebagai pengurus rumah dan penyeri keluarga.Ibu juga dianggap
mempunyai kedudukan yang mulia dan harus dihormati.
Sesuai dengan nama dan fungsinya sebagai tempat ahli keluarga beristirehat dan bersantai bersama.
Ini jelas menunjukkan masyarakat Melayu amat mementingkan ikatan silaturahim antara ahli kelurga agar bahagia dan harmoni.
Dapur
Rumah
Dapur pula berfungsi sebagai tempat untuk kaum perempuan memasak dan
tempat khas untuk tetamu perempuan mlambangkan peranan perempuan
dibelakang lelaki sesuai kedudukan dapur selepas rumah ibu.Ruang ini
juga berperanan sabagai tempat khas untuk ahli keluarga berkumpul semasa
makan.
Orang luar tidak dibenarkan masuk sesuka hati ke ruang dapur
untuk mengelakkan unsur- unsur fitnah dalam masyarakat.Ia juga sebagai
tempat ibubapa menyampaikan pesanan, pandangan dana nasihat kepada ahli
keluarganya.Falsafahnya adalah untuk mengukuhkan ikatan kekeluargaan dan
silaturahim antara ahli keluarga dan masyarakat Melayu yang tetap
memelihara hubungan kekeluargaan.
Elemen
Dalam
mengenal pasti elemen-elemen yang terdapat dalam landskap melayu, kita
perlulah merujuk kepada pengaruh budaya terhadap sebina landskap. Dengan
itu kita akan dapat gambaran asas elemen-elemen senibina landskap
tersendiri. Landskap tradisi Melayu merupakan senibina landskap yang
kompleks. Ini kerana ia tertakluk kepada kepercayaan, alam fikir, dan
budaya fikir Melayu. Merujuk kepada tiga perkara tersebut ia berkait
rapat dengan adat dan cara hidup masayarakat Melayu dahulu kala.
Cara
hidup masyarakat Melayu bagi mengimbangi dan membentuk seni landskap
Melayu Melayu iaitu unsur simbolisme (budaya, kepercayaan, metafizikal)
dan fungsi. Dua unsur ini mempunyai perkaitan rapat antara satu dengan
yang lain. Ini adalah kerana wujudnya sesuatu elemen landskap Melayu
adalah berdasarkan kepada simbolisme yang hendak diketengahkan.
Oleh
yang demikian, unsur-unsur ini berkemungkinan mempengaruhi
elemen-elemen yang terdapat pada senibina landskap Melayu dan membentuk
identiti dan karektor tersendiri. Imej dan identiti yang merujuk kepada
elemen-elemen penting dalam senibina landskap.
Elemen-elemen ini membentuk karektor-karektor dalam senibina landskap Melayu boleh dibahagikan seperti berikut:
a) budaya (prinsip)
b) elemen landskap
- fleksibel
-fungsi
-estetika
Fleksibel
Laman
rumah atau halaman depan rumah merupakan ruang pertama dalam penyusunan
landskap Melayu. Ruang hadapan ruang kebiasaaannya mempunyai kawasan
laman yang lapang. Keadaannya berpasir dan bersih dari sampah serta
rumput. Laman hadapan rumah dibiarkan lapang kerana fungsi sebagai
kawasan upacara dan aktiviti kemasyarakatan. Aktiviti-aktiviti yang
biasa dijalankan adalah upacara perkahwinan dan permainan tradisi
seperti gasing,galah panjang ,silat dan sebagainya.Pokok bunga yang
ditanam di dalam pasu di susun di sekitar halaman hadapan. Penanaman
pokok bunga dalam pasu adalah untuk pengalihan tanaman. Keadaan ini
berbentuk mudah ubah dari segi perletakkannya bagi membolehkan
perlaksanaan aktiviti-aktiviti di halaman.
Fungsi
Tumbuh-tumbuhan
tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat melayu. Ia mempunyai
perkaitan rapat dengan kehidupan iaitu dari segi adat dan cara hidup
masyarakat melayu.(tamadun melayu; Ismail Hussien et. Al., 1995)
Peranan tumbuh-tumbuhan dapat dibahagikan kepada dua iaitu:
1. Kegunaan langsung
a) sumber makanan utama
b) keperluan dan peralatan rumah
c) ubat tradisi
d) tumbuhan kosmetik
e) senjata dan bahan racun
2. kegunaan tak langsung
a) memperkaya khazanah sastera
- pantun-peribahasa-nyanyian- istilah- upacara adat- mempunyai kekuatan mistik
Estetika
Merupakan
sebahagian daripada seni rupa Melayu. Dalam aspek ini, estetika merujuk
kepada nilai dan perasaan terhadap sesuatu yang indah, terasing
daripada fungsinya dan penekanannya lebih kepada aspek seni. Seni rupa
Melayu dapat dinyatakan dalam segala bentuk seni seperti seni ukir, seni
logam, pantun dan lain- lain kegiatan yang berseni.
Pernyataan
ini dilakukan dalam keadaan yang sederhana dan bersesuaian dengan sifat
masyarakat Melayu yang bersifat rendah diri. Hal ini dibuktikan dalam
Hikayat Melayu, Syair Burung Pungguk.
Selain itu, pantun juga
menggunakan gambaran alam secara kiasan kiasan sebagai bahan pembayang
seperti pohon, bunga, haiwan, laut dan sungai. Penggunaan gambaran dalam
pantun membuktikan gambaran estetika dalam masyarakat Melayu. Hal ini
menunjukkan bahawa ada perkaitan antara alam dan manusia. Bersesuaian
dengan kenyataan dalam kosmologi Melayu iaitu berhubung dengan tuhan,
alam dan manusia.
Warna
Peranan warna dalam
landskap melayu traadisi sangat penting bagi menghiasi ruang laman depan
rumah. Penggunaan warna dalam hiasan landskap laman adalah untuk
menarik perhatian dan menaikkkan seri rumah. Ini dibuktikan dengan
penggunaan pokok pudding sebagai hiasan. Pokok Pudding digunakan sebagai
hiasan kerana daunnya mempunyai aneka warna dan ia tidak berubah
mengikut musim. Pokok ini senang diperolehi dan senang dijaga. Pokok-
pokok lain yang digunakan adalah seperti pokok siantan, pokok kemboja,
kenanga, cempaka, melati dan lain-lain.
Skala
Skala
dan saiz pokok adalah penting dalam landskap melayu tradisi. Poko-pokok
akan diletakkan mengikut saiz dan ini mempengaruhi tatatur serta
penyusunan pasu. Penggunanan pasu adalah sebahagian daripada elemen
landskap Melayu dan ini membuktikan adanya pengaruh saiz dalam seni
landskap tradisi.
Kebiasaannya pokok-pokok besar akan diletaakkan di pingiran laman supaya tidak menutupi ruang dan pokok-pokok yang lebih kecil.
Susun Atur
Berdasarkan
kepada skala dan saiz, lanskap Melayu menggambarkan bahawa terdapatnya
susun atur dalam perletakan pokok. Selain itu, susun atur tanaman di
pengaruhi oleh fungsi-fungsi tanaman bagi keperluan kawasan dan manusia.
Masyarakat
Melayu banyak menggunakan alam sekitar sebagai alatan, bahan memasak,
perubatan, alat budaya, makanan dan sebagainya. Oleh itu, pokok-pokok
yang berkaitan akan ditanam dipersekitaran rumah supaya ia mudah di
gunakan. Dalam masyarakat Melayu, kawasan persekitaran rumah boleh di
bahagikan kepada beberapa kawasan iaitu laman hadapan, laman sisi, dan
laman belakang.
Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dgn
sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat
dengan alam sekitar.Kesan pengaruh agama Islam menyebabkan rumah Melayu
didirikan mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum
perempuan dipisahkan.Falsafah yang hendak diketengahkan dalam masyarakat
Melayu adalah untuk membataskan dan membezakan tempat antara kaum
lelaki dan perempuan.
Ini kerana kaum perempuan lebih diperlukan
dibahagian dalam rumah manakala lelaki berada di luar sesuai dengan
sifat lelaki sebagai pelindung.Hal ini menunjukkan masyarakat Melayu
amat mementingkan adat dan tatatertib masyarakat sehingga menjadikan
orang Melayu dipandang tinggi dengan kehalusan budi pekerti.Ia juga
dapat mengelakkan fitnah kerana tetamu lelaki selalunya hanya dipelawa
naik hingga ke anjung sahaja.Masyarakat Melayu mempunyai pandangan yang
jauh dan meneliti setiap perkara dengan pertimbangan yang sewajarnya.
Dari
sudut laman pula, bahagian laman di hadapan dibiarkan lapang dan
bersifat terbuka untuk memudahkan melakukan sebarang aktiviti kenduri
kendara atau majlis-majlis keramaian dan juga sebagai tanda
mengalu-alukan kedatangan tetamu ke rumah.Faktor iklim pula menyebabkan
sebahagian besar rumah Melayu tradisional bertiang atau berpanggung
dengan lantainya tinggi daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi
kelembapan tanah.Fungsi pokok-pokok besar yang ditanam disekitar rumah
seperti pokok kelapa pula memberi fungsi peneduhan selain berfungsi
sebagai penanda kawasan rumah.
Falsafah hidup masyarakat Melayu
dan pegangan agama Islam yang utuh terpancar dalam asas pembinaan rumah
ini. Fungsi ruang, nilai estetika pada ciri rekaan binaan dan motif
ukiran adalah perlambangan cerminan jatidiri masyarakat Melayu tradisi
mementingkan kerja tangan yang halus dan teliti.
Pengurusan
rekaan ruang luar dan dalam landskap Melayu sedemikian rupa adalah
berfungsi sebagai memenuhi kehendak penghuni dan masyarakat berdasarkan
sosio budaya, ekonomi dan agama sehingga kini.
Alam
Bahan
binaan yang digunakan dalam landskap Melayu adalah seperti kayu, rotan,
akar, buluh, dan dedaun dari sumber hutan terdekat. Binaan seperti
wakaf dan pagar banyak menggunakan bahan- bahan yang ringkas dan boleh
di ganti berulang kali.
Bagi pembinaaan rumah,kayu menjadi
tunjang utama kepada struktur bangunan, manakala rotan dan akar menjadi
pengikat, kayu atau batang pinang menjadi lantai, buluh dan daun rumbia/
nipah menjadi dinding dan atap.Bagi kegunaan seharian pula,kebanyakan
rumah- rumah Melayu menanam pokok-pokok yang boleh membantu mereka dalam
kehidupan seharian.Ianya seperti pokok-pokok besar seperti pokok
kelapa,pokok mangga,pokok rambutan yang ditanam dihalaman rumah
berfungsi sebagai peneduhan manakala pokok-pokok kecil disisi rumah
banyak ditanam dengan tumbuhan- tumbuhan herba seperti pokok misai
kucing,kunyit, dan lain-lain sekaligus menjadi sumber makanan dan ubatan
bagi masyarakat Melayu.
Cuaca
Faktor cuaca
memainkan peranan dalam rekabentuk asas bangunan. Kekerapan hujan
mengakibatkan rekabentuk atap yang lebih cerun dan bertiang untuk
mengelak banjir. Kepanasan cuaca juga menyumbang kepada rekabentuk yang
lebih terbuka seperti kehadiran tingkap yang banyak, beranda dan tiang
itu sendiri memberi laluan angin dibahagian bawah rumah.
Tidak
cukup dengan itu, lubang angin dibahagian atas tingkap dan bumbung juga
telah direka untuk keselesaan secara maksima.Bentuk wakaf dalam landskap
Melayu juga turut berbeza dengan rekaan wakaf tema landskap lain.
Biasanya bentuk wakaf Melayu lebih berbentuk rendah yang menunjukkan
pemiliknya sentiasa merendah diri terutamanya kepada Pencipta Alam
ini.Cucur atapnya di labuhkan untuk memberi kesan peneduhan yang
maksimum, manakala penyusunan pokok-pokok yang menghiasi sekitarnya
berfungsi sebagai penyejuk dan memberi suasa yang damai.
Budaya
Budaya
dan adat resam juga memainkan peranan yang besar dalam membentuk seni
bina rumah Melayu. Misalnya kehadiran Islam telah mempengaruhi orientasi
bangunan mengarah ke kiblat.Definisi ruang juga diatur dan diubah aras
mengikut kegunaan adat resam bertandang, kenduri dan aktiviti keluarga.
Dari
sudut hiasan landskap,masyarakat Melayu selalunya menggunakan
pokok-pokok yang memberi makna mampu memainkan perasaan kepada
sipemiliknya.Contohnya penggunaan pokok-pokok berupa nama- nama
berbentuk fizikal manusia seperti pokok Janda Merana (Salix Babylonica)
yang mempunyai bentuk daun berjuntaian seakan-akan menggambarkan
kesuraman yang tiada kesudahan.Begitu juga dengan pokok Janda Kaya yang
berbentuk anggun dengan bunga merah jambu seperti gambaran barang kemas
orang perempuan yang sarat bertindih-tindih.Sememangnya orang Melayu
pandai memanipulasikan sumber alam dengan cara kehidupan mereka melalui
maksud-maksud yang tersirat.
Hiasan
Dari sudut
perhiasan pula,landskap Melayu sememangnya tidak dapt lari dari budaya
dan agama mereka sendiri. Penggunaan ukiran kayu sebagai elemen hiasan
adalah suatu aset mereka yang tidak ternilai.
Ini adalah,seni ukiran
kayu adalah seni kraftangan yang telah lama wujud di kalangan masyarakat
Melayu sejak sekian lama.Ukiran merupakan hasil seni rupa tradisi
Melayu yang terulung. Sejarah seni ukir di Tanah Melayu banyak terdapat
dalam catatan-catatan sejarah iaitu dalam Sejarah Melayu di mana
dikatakan seni ukiran Melayu tradisi telah ada sejak lebih 500 tahun
dahulu.
Pada ketika itu, orang-orang Melayu sudah memberi
perhatian yang istimewa terhadap seni ukiran pada bangunan seperti
istana dan rumah kediaman. Raja-raja Melayu pada zaman dahulu memainkan
peranan penting dalam memperkembang dan menghidupkan suasana seni
ukiran. Hingga kini peninggalan istana-istana lama memperlihatkan betapa
indah dan uniknya ukiran- ukiran yang diterapkan pada istana-istana
tersebut. Di Semenanjung Malaysia, kekayaan seni ukiran kayu orang
Melayu paling ketara pada binaan rumah tradisional terutama di Kelantan,
Melaka dan Negeri Sembilan.
Teknik dan Gaya
Ukiran
kayu dapat dilaksanakan dengan berbagai- bagai teknik dan penggunaan
satu-satu teknik itu banyak bergantung pada kebolehan dan kemahiran
pandai kayu. Tiga teknik utama dan gaya di dalam seni ukiran Melayu
ialah tebuk terus, tebuk separuh dan tebuk timbul. Bentuk ukiran juga
ada tiga jenis utama iaitu bujang, lengkap dan pemidang
Bentuk Bujang
Bentuk
ini berdiri terasing, bebas, dan tidak terikat, berkait atau
bersambung-sambung. Biasanya bentuk ini menampilkan motif bulan,
bintang, matahari, kuntuk bunga ataupun putik buah.
Bentuk Pemidang
Bentuk
ini menampilkan motif yang menggambarkan pergerakan sederhana dan tidak
berbelit-berbelit. Bentuk ini mempunyai bingkai atau pemidang.
Ukiran patung kayu
Ukiran-ukiran
yang dibuat dalam bentuk ini diberi nama-nama yang menarik seperti itik
pulang petang, badak mudik, setampuk manggis dan lain- lain. Biasanya
Bentuk pemidang digunakan untuk jala-jala rumah serta benda-benda yang
terdapat di dalam rumah seperti tepak sirih, almari dan dulang kayu.
Bentuk Lengkap
Bentuk
ini menggabungkan ciri-ciri bentuk bujang dan bentuk pemidang. Bentuk
ini menitikberatkan unsur tumbuh-tumbuhan, merangkumi akar, batang,
buah, dahan, daun, putik dan sulurnya.
Motif ukiran kayu orang Melayu terbahagi kepada beberapa jenis ;
Motif makhluk halus, contohnya ayam, badak dan itik (ayam berlaga, badak mudik dan itik pulang petang)
Motif
angkasa atau kosmos yang menerapkan gambaran awan larat seperti
bintang, matahari, bulan dan bukit bukau.Motif Geometri menampilkan
bentuk bulatan dan bentuk segitiga yang disusun berderet. Kadangkala
bentuk segitiga ini dicantum dengan sulur-sulur tumbuhan. Biasanya,
motif-motif ini terdapat pada alat-alat tembikar, sarung keris, tepak
sirih dan barang-barang tembaga.
Motif seni khat atau kaligrafi,
menggunakan huruf Arab, terutamanya petikan Quran dan tulisan Jawi.
Motif ini banyak terdapat di ambang pintu rumah, masjid dan surau serta
pada alat-alat keagamaan seperti rehal.
Seni ukiran kayu di kalangan
masyarakat Melayu bukan sahaja terdapat pada rumah-rumah tetapi
penjelmaan dan penerapannya terdapat pada istana-istana raja, binaan
masjid dan mimbarnya, surau, wakaf, pintu gerbang, alat-alat permainan
masa lapang, alat-alat muzik tradisi, perabot seperti almari, katil,
kerusi, meja, dan kepala perahu yang disebut bangau, alat-alat senjata,
peralatan memasak, peralatan pertukangan dan pengangkutan tradisi
seperti perahu, kereta kuda dan kereta lembu. Karya ukiran Melayu yang
dihasilkan banyak mendedahkan nilai dan falsafah dalam pemikiran orang
Melayu yang dalam masyarakatnya penuh dengan pernyataan simbolik apabila
mereka mencipta sesuatu motif, corak dan bentuk dalam sesuatu karya
ukiran.
LAMAN
Laman
berfungsi sebagai pelengkap kediaman dan menjadi perlambangan gaya
hidup pemiliknya.Keindahan laman yang dicipta menerusi pelbagai konsep
pilihan memberi peluang kepada keluarga untuk bersantai sambil menghirup
udara segar.Pembentukan sebuah laman sememangnya mencerminkan identiti
sesuatu masyarakat tersebut.Ianya boleh dizahirkan dalam pelbagai konsep
laman mengikut fungsi dan corak kesinambungan reka bentuknya.Idea
penataan laman serba ringkas yang berkonsepkan taman,tampil menarik
dengan konsep hiasan semula jadi digunakan sebagai pelengkap laman.
Binaan
ruang santai seperti gazebo atau wakaf berasaskan kayu amat penting
dalam mewujudkan suasana tenang.Keluasan ruang bagaikan kelebihan kerana
laman boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu laman hadapan atau
utama dan laman sisi.Laman sisi biasanya menjadi ruang peribadi keluarga
untuk bersantai atau menjamu selera di hujung minggu.Keunikan kayu
dalam seni taman dan pertukangan penuh dengan nilai estetikanya
tersendiri dan meliputi pelbagai lapisan masyarakat.
HADAPAN
Ruang
halaman depan terletak dibahagian hadapan rumah adalah ruang yang luas
dan mempunyai unsur- unsur estetika. Di ruang halaman depan, kanak-
kanak boleh bermain dengan gembira dan selesa.
Ruang ini, bebas
daripada laluan kenderaan dan hanya dibenarkan pejalan kaki (penduduk
kampung) sebagai laluan. Ruang halaman depan juga sering dijadikan ruang
untuk meraikan tetamu ketika upacara kenduri kendara seperti berkahwin,
bersunat, khatam Quran dan lain-lain lagi. Ianya adalah ruang yang
menggambarkan suasana kegembiraan dan tanda mengalu-alukan kedatangan
tetamu.
landskap lembut
Di bahagian ruang hadapan, landskap
lembut berperanan sebagai penyejuk laman.Landskap lembut adalah elemen-
elemen yang diistilah sebagai elemen landskap yang bersifat semulajadi.
Ia terdiri daripada kepelbagaian spesis tanaman daripada pelbagai
kategori atau jenis.
Elemen landskap lembut yang lazimnya
mempunyai kecenderungan yang tinggi digunakan sebagai hiasan laman bagi
masyarakat Melayu. Ianya terdiri daripada tanaman hiasan, tanaman herba,
tanaman teduhan serta tanaman palma.Disamping itu, tanaman- tanaman
lain yang turut tidak diketepikan adalah seperti tanaman air, tanaman
memanjat, tanaman orkid , tanaman exotic serta tanaman bermusim.
Dalam
konteks tanaman hiasan yang dimaksudkan dalam kajian ini adalah
meliputi tanaman- tanaman yang terdiri daripada tanaman renek, semak
perdu juga tanaman- tanaman exotic.Tanaman hiasan diistilahkan sebagai
tanaman yang mempunyai keistimewaan baik dari segi warna, bau, bentuk,
saiz serta bunganya. Tanaman hiasan ini juga merangkumi tanaman yang
ditanam di atas tanah, tanaman didalam pasu, tanaman gantung serta juga
tanaman air.
Selain itu, tanaman teduhan pula adalah tanaman yang
terdiri daripada pokok- pokok besar baik dari kategori pokok ‘overstory
trees’ mahupun dari kategori pokok sederhana ‘understory trees’ .
Pokok- pokok ini berfungsi sebagai peneduh serta membekalkan sistem akar
bagi memberi sokongan kepada sesuatu kawasan. Antara lain, pokok-pokok
besar ini lazimnya merupakan pokok buah- buahan seperti pokok durian,
pokok rambutan, pokok mangga, selain beringin, ketapang, serta
hujan-hujan turut berkecenderungan tinggi ditanam oleh masyarakat
Melayu.
Mereka seterusnya akan merekabentuk kawasan rehat seperti
bangku, pangkin, buaian dan khemah rehat sebagai tempat rehat serta
semasa menjalankan aktiviti berkumpulan dan sebagainya. Tanaman palma
sememangnya sudah sinonim terhadap kehidupan masyarakat kampung ini.
Tanaman palma adalah spesis tanaman yang paling mudah dikategori
mengikut kumpulan palmae.
Adat masyarakat dahulu mencerminkan
kelapa sebagai penanda kawasan selain sebagai penanda bagi setiap
kelahiran dimana setiap bayi yang baru dilahirkan akan ditanam dengan
sebatang pohon kelapa.Sementara itu kegunaan palma lain seperti pinang
makan yang digunakan dalam adat memakan sirih juga membuktikan bahawa
pokok palma ini berperanan dalam masyarakat Melayu sejak berzaman
dahulu. Justeru, tanaman ini lebih mudah diadaptasikan dalam sesuatu
rekabentuk perlandskapan masyarakat Melayu.
Landskap kejur
Landskap
kejur merupakan hasil rekaan buatan manusia yang diambil dari idea
persekitaran. Ia adalah rekabentuk bagi sesuatu elemen tambahan yang
menjadi pelengkap dalam sesebuah rekaan seni taman.
Pada masakini,
masyarakat semakin cenderung menggunakan pendekatan landskap kejur ini
sebagai daya penarik terhadap landskap mereka.
Landskap kejur
terdiri daripada wakaf/gazebo yang direka bentuk untuk memberi teduhan
kepada pengguna. Pengguna juga boleh solat dan beristirehat di
wakaf/gazebor yang dibina.Kehadiran pergola, wakaf atau gazebo
berunsurkan ukiran kayu menunjukkan keupayaan seni ukiran itu sendiri
yang dihasilkan menerusi kemahiran terbaik.
Reka bentuk landskap
Melayu atau tradisional banyak mengetengahkan ukiran kayu bermotifkan
flora khususnya kangkung, kacang, bayam dan bunga-bungaan.Bagi pegola
pula ianya direka bentuk sebagai laluan kepada pengguna di samping
memberi sokongan kepada tumbuh- tumbuhan menjalar di atasnya. Biasanya
pergola diperbuat daripada tiang konkrit ‘column’ dan kayu yang telah
direka bentuk dengan menarik.
Bagi bollard pula ia merupakan
tiang kecil yang direka bentuk bagi menghalang kenderaan melalui kawasan
tersebut. Penggunaan bollard hanya terhad kepada pejalan kaki sahaja.
Bollard boleh diperbuat daripada konkrit ataupun kayu permukaan keras
seperti konkrit, jubin dan sebagainya.
Selain dari itu, salah satu
unsur dalam landskap kejur ialah arca. Arca biasanya direka bentuk untuk
memperkenalkan sesuatu tempat seperti budayanya atau asal-usul nama
tempat tersebut. Arca boleh diperbuat daripada konkrit ataupun kayu.
Secara
keseluruhannya,Landskap kejur berfungsi untuk memberi kemudahan dan
keselesaan kepada pengguna. Struktur-struktur landskap kejur ini direka
bentuk supaya dapat berharmoni dengan alam semulajadi.
SISI
Ruang
sisi terletak di kiri dan kanan rumah tradisional Melayu.Ruang ini
berfungsi sebagai ruang laluan yang menghubungkan halaman depan dan
halaman belakang.
Bergantung kepada saiz keseluruhan tanah tuan rumah, ruang halaman tepi ini juga menjadi kawasan permainan bagi kanak- kanak.
BELAKANG
Ruang
halaman belakang rumah tradisional Melayu adalah ruang yang menyambung
aktiviti ruang dapur rumah tradisional Melayu seperti mandi, membasuh
dan memasak. Ruang ini adalah ruang aktiviti basahan dilakukan.
Kadangkala, ruang halaman belakang menjadi ruang berkumpul bagi kaum
wanita ketika kenduri- kendara dan juga aktiviti sosial yang
lain.Bahagian dapur juga adalah bahagian yang bersifat peribadi dan
tidak terlalu diberi perhatian dalam masyarakat Melayu umumnya.
Ini
dapat dilihat pada perletakan tanaman dapur dibahagian belakang rumah.
Tanaman yang selalu ditanam dibahagian dapur pula di kelompokkan bagi
tanaman- tanaman yangmempunyai kepentingan lain selain dari tujuan
hiasan serta makanan. Tanaman ini lazimnya ditanaman berdasarkan petua-
petua golongan terdahulu seperti penanaman daun sirih, pokok dukung
anak, pokok gelenggang,seperi serai, pandan, halia, cekur, lengkuas,
pokok kari, limau purut, kantan, senohong, selum, pegaga,serta lain-lain
lagi.
Tanaman ini juga antara lain meliputi tanaman yang ditanam
untuk tujuan memasak atau sumber makanan seperti sayuran, buah-buahan
serta ulam- ulaman yang dikenali sebagai tanaman dapur. Tanaman dapur
ini lazimnya ditanam berhampiran dengan pintu dapur sesebuah rumah
masyarakat Melayu.
Sungguhpun tanaman berkenaan diperlukan dalam
pemasakan seharian namun, ianya disimpan untuk pandangan sendiri sahaja
dalam ruang yang lazimnya lebih kecil berbanding dengan ruang halaman
hiasan hadapan rumah.
PANGKIN
Masyarakat
Melayu kebiasaanya akan melakukan aktiviti-aktiviti di luar daripada
rumah. Aktiviti-aktiviti ini akan dijalankan sama ada di bawah rumah
atau atau di persekitaran rumah. Bagi aktiviti di dalam rumah,
kebiasaanya berkaitan dengan tetamu dan juga tempat tidur. Pangkin biasa
digunakan untuk berehat dan juga melakukan aktiviti harian bagi suri
rumah seperti mengayam tikar, mengayam ketupat dan lain-lain.
Hal
ini sesuai dengan budaya masyarakat Melayu yang mengamalkan budaya
Melayu sebagai identiti masyarakatnya. Perbuatan masyarakat Melayu yang
berehat diatas pangkin adalah berkaitan dengan budaya Melayu. Di pangkin
juga merupakan tempat untuk masyarakat Melayu berbual-bual sambil
menunggu masa untuk membersihkan diri setelah pulang dari kerja bendang.
Hal ini sesuai dengan konsep Islam yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu iaitu menjaga kebersihan dan mencari rezeki.
TEMPAYAN
Tempayan
digunakan penakung air untuk minum dan masak. Selepas itu, guri pula
digunakan di kawasan hadapan dan bahagian tangga yang menaiki rumah.
Keadaan ini bertujuan untuk mencuci kaki sebelum melangkah masuk kedalam
rumah. Aspek kebersihan sangat di tekankan dalam masyarakat Melayu
kerana masyarakat Melayu merupakan masyarakat yang patuh pada ajaran
Islam.
Reban
Reban ayam dan sangkar burung
adalah antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh masyarakat Melayu.
Masyarakat Melayu dahulu kebiasaanya mempunyai keperluan rumah yang
cukup dan bersesuaian dengan sifat orang Melayu yang berjimat cermat dan
bersederhana. Pemeliharaan yang dilakukan adalah untuk memenuhi
kehendak makanan serta mengisi masa lapang daripada melakukan perkara
yang tidak berfaedah. Ayam dan burung yang dipelihara akan dijadikan
sumber makanan kerana masyarakat Melayu masing-masing mengamalkan
prinsip “ kais pagi makan pagi, kais petang makan petang ”.
Bangsal
Dahulunya
pondok bangsal di gunakan untuk menyimpan kayu api. Sekarang ini,
penggunaan bangsal dibesarkan lagi iaitu sebagai stor simpanan barang
dan juga bangsal untuk membaiki peralatan rumah.
RUMAH TRADISIONAL
Rumah
Melayu tradisional adalah sebahagian warisan seni bina Malaysia yang
sangat bernilai. Ianya telah direkabentuk dan dibina oleh tukang- tukang
yang mahir dan kreatifnya mereka dalam bidang seni bina.Ia memaparkan
kebijaksanaan dalam penggunaan dan perluasan ruang mengikut keperluan
semasa, mengadaptasi cuaca dan penggunaan bahan binaan.
Rumah
tradisional Melayu melambangkan cara hidup dan sikap terbuka orang
Melayu itu sendiri. Secara amnya, rumah Melayu banyak diperbuat daripada
kayu yang tahan lama dan dibina bertiang. Dinding rumah Melayu
diperbuat daripada kayu atau anyaman buluh dan beratapkan daun rumbia
atau daun nipah serta kayu.Ruang dalaman mempunyai ruang terbuka yang
luas dan mempunyai dinding pemisah yang tersangat minima.
Seni
bina Melayu adalah kesan daripada pertembungan budaya kaum yang pernah
mendominasi rantau ini seperti Bugis, Riau, Jawa, Acheh, Minagkabau,
Siam, Cina dan Barat.Seni bina rumah Melayu tradisional dikaitkan dgn
sifat kreatif masyarakat Melayu serta hubungan mereka yang sangat erat
dengan alam sekitar.Falsafah agama Islam menyebabkan rumah didirikan
mengikut arah kiblat dan ruang di antara kaum lelaki dan kaum perempuan
dipisahkan.
Faktor iklim pula menyebabkan sebahagian besar rumah
Melayu tradisional bertiang atau berpanggung dengan lantainya tinggi
daripada permukaan tanah yang dapat mengatasi kelembapan tanah.
Rumah
kayu atau rumah kampung pada suatu masa dulu boleh dikatakan tidak
asing bagi orang Melayu. Tapi dengan urbanisasi penduduk kini, ramai
anak- anak Melayu yang tidak lagi mengenal apakah ciri bentuk sebenarnya
rumah kayu tradisional?
Sebetulnya, lama sebelum kedatangan
pengaruh luar dan telunjuk moden, penduduk asal Melayu dan Orang Asli di
Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera serta kaum Bumiputra/Pribumi lain
di Borneo dan bagian lain di alam Melayu telah mempunyai sistem
perumahan yang canggih, cantik dan serasi dengan gaya hidup dan alam
sekitar.
Manakala orang Melayu dan Orang Asli di Semenanjung,
Sumatera dan pulau-pulau lain biasanya membina rumah seakan sesebuah
banglo yang didiami oleh sekeluarga besar; sesetengah suku-kaum di
Borneo lebih gemar kepada konsep ‘rumah panjang’ yang boleh memuatkan
seluruh kampung.Pada peringkat awalnya, kebanyakan rumah Melayu lama
berbentuk rumah asas yang dikenali rumah pisang sesikat.Bentuk rumah ini
berubah mengikut arus perubahan yang juga mempunyai falsafah jiwa
sezaman dengannya.Bahan-bahan binaan yang digunakan boleh diambil dari
sumber alam yang boleh diperbaharui seperti pelbagai jenis kayu-kayan,
juga buluh dan rotan hinggalah kepada daun-daun pelepah.
Kerangka
atau struktur rumah pula menggunakan sistem tebuk-tembus dan pasak yang
tidak memerlukan paku.Ini bermakna pembinaan rumah papan Melayu
sebenarnya ialah suatu sistem pasang- siap. Maka rumah itu boleh
‘ditanggal- buka’ dan di pasang semula di tempat lain, persis yang
dibuat oleh Badan Warisan Malaysia untuk Rumah Penghulu Abu Seman, yang
dipindahkan dari negeri Kedah ke Kuala Lumpur.
Gambar menunjukkan sebuah rumah Melayu sedang diangkat dan dipindahkan ke tapak yang baru.
Selain
itu, cara binaan tanpa paku juga membuatkan rumah lebih anjal
(flexible), sehingga ianya boleh diangkat melalui ‘gotong- royong’ orang
ramai dan dialih tempat.Walaupun rumah yang benar-benar tradisional
tidak menggunakan sebatang paku pun, namun diakui bahawa bagi rumah kayu
yang lebih baru, ada juga elemen bukan struktur seperti isian dinding
yang memakai paku.Terdapat tiga ruang utama iaitu ruang formal, ruang
aktif dan ruang pasif.
Ruang formal merupakan ruang bagi tuan
rumah menerima kunjungan tetamu iaitu seperti di serambi, selasar dan
dapur. Ruang aktif pula merupakan ruang bahagian belakang di mana
aktiviti harian keluarga berlaku.
Manakala ruang pasif ialah bahagian
ibu rumah dan bilik-bilik tidur yang terletak di antara ruang aktif dan
ruang formal. Terdapat juga ruang yang dikhaskan untuk kaum lelaki dan
ruang untuk kaum perempuan. Mengikut adat resam orang Melayu, orang
lelaki tidak dibenarkan memasuki ruang orang perempuan tanpa izin
kecuali anggota keluarga sendiri. Walau bagaimana pun terdapat ruang
yang digunakan oleh kedua jantina ini seperti perigi dan dapur.
JENIS RUMAH TRADISIONAL
Terdapat beberapa jenis rekabentuk tradisional yang boleh dilihat diseluruh Malaysia.
Setiap
negeri-negeri di Malaysia mempunyai bentuk-bentuk rumah tradisionalnya
yang tersendiri.Ini berlaku disebabkan pengaruh dan budaya masyarakat
setempat yang datang dari berbagai unsur.Setiap binaan yang dihasilkan
mempunyai nilai dan falsafahnya yang tersendiri seiring dengan gaya
hidup masyarakatnya.
Secara amnya, rekabentuk ini
diklasifikasikan mengikut rekabentuk bumbung iaitu; Bumbung Panjang,
Bumbung Lima, Bumbung Limas dan Bumbung Perak. Rekabentuk ini boleh
dilihat disegenap pelusuk tanahair. Untuk orang kebanyakan, rekabentuk
Bumbung Panjang adalah yang paling popular oleh kerana keringkasan
rekabentuknya dan penjimatan kos serta masa pembinaan.
Rumah Perak
Rumah
ini adalah dari jenis bumbung panjang. Keistimewaan reka bentuknya
adalah kerana ia lebih etnik dan ringkas. Reka bentuk ini juga dikenali
sebagai rumah Kutai. Rumah ini masih terdapat di negeri Perak dan telah
berusia lebih 100 tahun. Antaranya di Kampung Sayong Lembah, Kuala
Kangsar, Kampung Kota Lama Kanan dan Kampung Bota Kanan, Parit.Rumah
Perak menggunakan sepenuhnya bahan binaan semula jadi yang terdapat di
sekeliling kampung. Struktur asas adalah kayu keras manakala atap dibuat
dari daun rumbia dan dinding pelupuh dari anyaman buluh atau rotan.
Rumah
ini mempunyai bumbung yang agak tinggi, tetapi terdapat sedikit
keunikan dari segi keterbukaan rumah ini. Ia seolah-olah tidak mempunyai
pengudaraan yang baik dan mencukupi. Dinding rumah mencapai ke paras
rabung atap tanpa diselangi kerawang atau seumpamanya. Ini disebabkan
dinding itu sendiri tembus angin, maka ianya tidak perlu hiasan kerawang
dan sikap rendah diri penghuni rumah ini.
Keringkasan reka bentuk
menunjukkan yang rumah kutai adalah untuk orang biasa berbanding rekaan
lain yang lebih moden dan canggih seperti bumbung limas dan bumbung
Perak.
Rumah ini menyaksikan beberapa unsur seni struktur yang
agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya tersendiri.Rumah ibu
dipisahkan dari rumah dapur dengan selang yang terbuka. Rumah ibu
mempunyai tingkap menghala ke rumah dapur. Di penghujung rumah dapur
terdapat pelantar untuk kegunaan penyediaan makanan atau ruang letak
untuk hasil dari kebun dan sungai. Rumah ini mempunyai beberapa unsur
seni struktur yang agak menarik, ringkas dan mempunyai fungsinya
tersendiri.
Rumah ibu mempunyai bumbung yang tertinggi. Ia turut
menempatkan atau berfungsi sebagai serambi di bahagian depan dan sebuah
bilik. Di sebelah kiri bilik terdapat ruang seakan serambi menyamai
bahagian serambi utama di sebelah kanan, mungkin ianya adalah untuk ahli
keluarga perempuan. Rumah ibu mempunyai tingkap menghala ke rumah
dapur.
Rumah ibu dipisahkan atau dihubungkan oleh selang yang
lebih terbuka. Selang mempunyai ketinggian yang sedikit rendah, sekitar
15cm sehingga 30cm dari aras rumah ibu dan rumah dapur. Rumah dapur
menempatkan segala peralatan memasak dan ruang makan. Ia dihubungkan
oleh selang untuk ke rumah ibu. Di penghujung rumah dapur terdapat
pelantar, berfungsi sebagai tempat penyediaan makanan dan ruang letak
untuk hasil dari kebun atau sungai.
Rumah Selangor
Rumah
ini merupakan rekaan bumbung panjang yang terdapat di negeri Selangor.
Ia mengandungi kombinasi anjung dan serambi yang agak besar dan
menonjol. Hampir kesemua rekaan bumbung panjang adalah memanjang
kebelakang apabila diperbesarkan mengikut keperluan semasa pemilik
rumah. Rumah ini tidak mempunyai bumbung bertingkat seperti rumah Negeri
Sembilan, tetapi mempunyai bumbung besar yang agak curam di rumah ibu.
Seperti kebiasaan reka bentuk ini, tujuan bumbung yang besar (tebar
layar) ini adalah untuk memerangkap angin agar ruang atap dapat
diudarakan untuk tujuan menurunkan suhu di dalamnya.
Justeru,
lebih besar rumah ibu, maka lebih besarlah atap tersebut. Rekaan luaran
rumah ini mempunyai ukiran yang sederhana di bahagian atas tingkap.
Tingkap mempunyai jerejak pendek yang terletak di atas palang bawah
tingkap. Tingkap rumah ini terletak agak rendah dari paras lantai. Rumah
ibu dinaikkan paras berbanding dapur, anjung, rumah tangga dan serambi.
Ketinggian struktur atap membuatkan rumah ini kelihatan luas dan lega
ketika berada di dalamnya. Ia juga bertujuan agar proses pengaliran
udara yang lebih lancar dan selesa.
Rumah ini tidak mempunyai
selang, berbanding rumah bumbung besar yang lain.Seperti kebiasaan reka
bentuk ini, tujuan bumbung yang besar (tebar layar) ini adalah untuk
memerangkap angin agar ruang atap dapat diudarakan untuk tujuan
menurunkan suhu di dalam rumah. Justeru, lebih besar rumah ibu, maka
lebih besarlah atap tersebut. Rekaan luaran rumah ini mempunyai ukiran
yang sederhana di bahagian atas tingkap.
Tingkap mempunyai
jerejak pendek yang terletak di atas palang bawah tingkap. Tingkap rumah
ini terletap agak rendah dari paras lantai. Rumah ibu dinaikkan paras
berbanding serambi dan selang. Ketinggian struktur atap membuatkan rumah
ini kelihatan luas dan selesa apabila berada di ruang dalam rumah. Ia
juga membolehkan pengaliran udara yang lebih lancar dan selesa.
Rumah Melaka
Rumah
ini mempunyai reka bentuk ringkas dan mengandungi fungsi ruang secara
asas, menunjukkan kesederhanaan pemiliknya. Reka bentuk rumah ini
mengandungi serambi, rumah ibu, selang dan rumah dapur. Secara asas
pelan rumah ini menyamai rumah kutai negeri Perak, perbezaannya terdapat
serambi di bahagian hadapan rumah ini. Serambi adalah tempat berehat
dan mengambil angin, melayan tamu dan meninjau aktiviti di hadapan
rumah.
Keseluruhan dinding rumah diperbuat daripada kayu, kecuali
di bahagian dapur yang mempunyai dinding pelupuh. Bahagian atap rumah
ini dibuka sedikit untuk membenarkan pengudaraan masuk ke dalam rumah.
Bahagian selang rumah pula didinding, berbeza dengan rumah kutai Perak.
Rumah ini mempunyai tebar layar bermotif bunga dan papan pemuka yang
berkerawang ringkas. Kayu jerejak di serambi juga mempunyai ukiran yang
ringkas sesuai dengan konteks kesederhanaan rumah ini.
Lazimnya
rumah ini dimiliki oleh orang kebiasaan, maka reka bentuk rumah ini
terhad kepada fungsi asas iaitu mengandungi rumah ibu, rumah dapur dan
serambi.Rumah dapur mempunyai pintu masuk di sebelah sisi belakang,
memudahkan kaum wanita bertandang. Keseluruhan rumah adalah diperbuat
daripada kayu meranti
Rumah ibu mempunyai bumbung dan lantai yang
tinggi. Ia turut menempatkan sebuah ruang terbuka yang luas. Kebiasaan
tidak terdapat bilik di sini, tetapi keluasan ruang ini boleh
menempatkan sehingga dua bilik.
Rumah ibu dihubungkan oleh selang
yang lebih terbuka. Selang mempunyai ketinggian yang sedikit rendah dari
aras rumah ibu dan rumah dapur serta mempunyai dinding. Rumah dapur
menempatkan segala peralatan memasak dan ruang makan. Ia dihubungkan
oleh selang untuk ke rumah ibu. Di penghujung rumah dapur terdapat
pelantar yang berfungsi sebagai tempat penyediaan makanan dan ruang
meletak hasil yang diperolehi dari kebun atau sungai.
Rumah Pulau Pinang
Di
Pulau Pinang terdapat beberapa jenis rumah tradisional Melayu yang
berlainan bentuk iaitu Rumah Bumbung Panjang, Rumah Serambi dan Rumah
Serambi Gajah Menyusu. Salah satu rumah tradisional Melayu tersebut
adalah Rumah Serambi Gajah Menyusu yang dapat dikenali dengan bentuk
bumbungnya dimana bumbung ibu kelihatan lebih tinggi rendah seperti
kelihatan seekor gajah sedang menyusukan anaknya.
Rumah jenis ini
menggunakan bumbung panjang jenis mendatar dan di muka tepi dindingnya
dipasang dinding tegak yang dipanggil tebar layar manakala pembahagian
ruangnya pula terdiri daripada rumah ibu dan dapur. Pembahagian ruangnya
terdiri daripada ruang rumah tangga, terletak di hadapan ruang serambi
luar, ruang tengah, ruang serambi dalam, ruang gajah menyusu dan dapur.
Bahan-bahan pembinaan rumah ini terdiri daripada kayu cengal dan meranti manakala atapnya daripada rumbia.
Rumah Kedah
ORANG
ramai kini boleh melihat keunikan rumah Tok Su, warisan seni bina
tradisional rakyat Kedah yang terletak berhadapan Wisma Darul Aman di
Alor Star:
Di
Kedah, rumah-rumah tradisional begitu berkurangan kerana telah banyak
dirobohkan dan digantikan dengan rumah-rumah yang moden. Rumah-rumah
tradisional lama dihiasi indah dengan ukiran-ukiran. Ini menyebabkan
sukar untuk mendapatkan rumah-rumah seperti ini sekarang kerana tiada
tukang-tukang yang mahir untuk membina rumah-rumah seperti ini.
Pembinaan
rumah tradisional menggambarkan tentang ketinggian mutu kesenian
orang-orang Melayu dahulu. Pembinaan rumah-rumah mereka dipengaruhi oleh
keadaan sekeliling dan juga kebudayaan. Ini mereka tonjolkan pada
ukiran-ukiran yang terdapat pada rumah mereka seperti tumbuh-tumbuhan,
kehidupan dan juga benda.
Rumah orang-orang Melayu Kedah dahulu
biasanya mempunyai serambi, rumah ibu, rumah tengah dan dapur. Bumbung
yang kebiasaannya terdapat ialah bumbung perak dan juga bumbung panjang.
Jika kita lihat tinggalan warisan ini kita dapat katakan bahawa orang-
orang Melayu dahulu begitu pentingkan kecantikan dan keunikan rumah
mereka. Mereka begitu teliti dalam membina rumah dari segi pembinaannya
mahupun pemilihan tapak rumah supaya mereka akan hidup aman tenteram
sepanjang masa.
Rumah Negeri Sembilan
Rumah
ini mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang yang
bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang
bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan
dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui
Serambi. Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang.
Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan
rekaan kekunci dipapan yang menarik seperti yang boleh dilihat di dalam
gambar.
Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling
rumah, lebih- lebih lagi di sekitar Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah
bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian
anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza.
Rumah
ibu mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah
ibu dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan
ketinggian dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.
Rumah
ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang
menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar
kepada sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai ruang
bersembang untuk kaum wanita. Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni
kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya
adalah sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannya
berdiri.
Rumah Negeri Sembilan ini mempunyai rumah tangga, iaitu
ruang pengenalan dan persinggahan pertama ke dalam bahagian rumah.
Ruang ini boleh juga dipanggil beranda kerana tidak berdinding dan
terbuka. Ruang ini berhubung terus ke serambi yang berdinding, di aras
yang berbeza. Serambi rumah jenis ini adalah agak luas dan panjang,
sesuai untuk menempatkan tetamu untuk acara kenduri- kendara.
Negeri
Sembilan mempamerkan secara keseluruhan reka bentuk bumbung panjang
yang bersifat Minangkabau. Ia mempunyai sifat reka bentuk atap yang
bertingkat yang dialas daun rumbia. Rumah ini mempunyai serambi hadapan
dan anjung yang meneduhkan tangga utama kemasukan ke Rumah Ibu melalui
Serambi. Serambi dihiasi ukiran kerawang yang bercorak silang-menyilang.
Rekaan tangga adalah ringkas. Tangga diikat atau dimatikan dengan
rekaan kekunci dipapan yang menarik seperti yang boleh dilihat di dalam
gambar.
Rumah ini dihiasi ukiran kayu yang banyak di sekeliling
rumah, lebih- lebih lagi di sekitar Serambi hadapan rumah. Ukiran adalah
bermotifkan silang dan bunga yang agak bersifat grafik. Bahagian
anjung, serambi dan rumah ibu mempunyai aras yang berbeza.Rumah ibu
mempunyai ruang yang terluas dan tertinggi. Terdapat bilik di rumah ibu
dan tangga menghala ke loteng. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian
dan tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini.
Rumah
ibu bersifat terbuka dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang
menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar
kepada sebahagian fungsi dapur. Ianya berperanan sebagai ruang
bersembang untuk kaum wanita. Rumah Negeri Sembilan ini memaparkan seni
kraf kayu yang menyeluruh hingga sampai ke rumah dapur. Paras tingkapnya
adalah sangat rendah, iaitu direka untuk paras orang duduk dan bukannya
berdiri.
Rumah ibu mempunyai ruang yang luas dan tinggi. Rumah
ini mempunyai satu bilik tidur. Terdapat sebuah tangga menuju ke loteng
dari sudut rumah ibu. Loteng ini mengambil lebihan ketinggian dan
tingkat atap yang diberi ruang oleh struktur rumah ini. Lazimnya loteng
digunakan sebagai sebuah bilik tidur untuk anak lelaki bujang kerana
kecuraman tangga yang tidak sesuai untuk anak perempuan.
Rumah
ibu adalah terbuka luas dan disambung ke rumah dapur melalui pintu yang
menghala ke selang. Selang tidak berdinding dan merupakan pelantar
kepada sebahagian fungsi dapur. Selang berperanan sebagai ruang
bersembang untuk kaum wanita.
Rumah Pahang
Rumah
Tradisional Melayu Pahang dikenali dengan Rumah Serambi Pahang. Rumah
jenis ini kian pupus. Rumah jenis ini biasanya berbumbung panjang
manakala di tepi dinding dipasang tabir layar dan terdapat ukiran di
pinggirnya. Komponennya terdiri dari rumah ibu dan dapur dan di antara
keduanya dipisahkan oleh ruang yang dipanggil selang. Ia juga
mengandungi ruang-ruang tertentu di bahagian hadapan sekali iaitu ruang
serambi diikuti oleh ruang ibu yang mengandungi ruang pentas dan
perbalai. Di belakang pula ialah ruang kelek anak atau serambi belakang.
Bagi ruang dapur ia mengandungi ruang penanggah serta pelantar.
Ruang-ruang ini digunakan untuk menanti, memasak dan sebagainya.
Rumah Johor
Rumah
traditional Melayu Johor juga dikenali sebagai rumah limas Johor. Seni
binanya sangat cantik dimana pembinaannya tanpa menggunakan paku, hanya
berdasarkan kepada tanggam semata-mata. Rumah limas traditional ini
dibina berdasarkan pada cuaca iklim tropika di Semenanjung Malaysia.
Rumah limas Johor banyak dipengarui elemen-elemen luar seperti dari
British, Belanda, dan juga unsur-unsur rumah di Indonesia.
Rumah
limas Johor mempunyai bentuk asas yang sama iaitu dibina sederhana
tinggi. Cara untuk mengenal pasti rumah limas Johor ialah melalui
bumbung rumah iaitu mempunyai perabung panjang dan bersambung dengan
empat buah perabung limas. Pada puncak bumbung dipasang kayu tajam yang
dipanggil tunjuk langit. Rumah ini mempunyai ruang hadapan yang
dipanggil rumah ibu dan di hujungnya ialah anjung. Biasanya rumah ini
dibuat daripada kayu cengal, keranji, perak dan meranti.
Untuk
mengetahuai dan melihat lebih dekat mengenai rumah ini bolehlah kita
pergi ke Danga Bay, Johor Bahru kerana di kawasan ini didirikan
rumah-rumah limas daripada setiap daerah di negeri Johor. Di kawasan
rumah ini dibina landskap ala kampung. Kelihatannya cantik dan
bersahaja. Penanaman rumput yang menghijau menjadikan kawasan taman
menjadi lebih segar apatah lagi dengan kombinasi warna kayu rumah yang
disapu dengan pewarna kayu. Balai Polis juga berbentuk rumah limas.
Rumah Kelantan
Di
Negeri Kelantan terdapat 2 jenis rumah tradisional Melayu dikenali
sebagai Rumah Bujang dan Rumah Tiang 12. Rumah jenis ini mengandungi 12
tiang utama pada rumah ibu, 6 tiang serambi dan 6 tiang panjang.
Bumbungnya panjang di mana pada tepi sudut dindingnya dipasang dengan
tabir layar. Pada pinggir tabir layarnya terdapat papan pemeleh atau
tumpu kasau iaitu sepasang pemeleh ibu dan sepasang pemeleh serambi.
Rumah
Tiang 12 yang asli terdapat 3 unit bangunan iaitu bangunan rumah ibu
yang mengandungi ruang selasar, rumah tengah dan rumah dapur. Bangunan
rumah tengah dan rumah dapur bebilik atau bersekat.
Rumah Perlis
Rumah
tradisional Melayu Perlis berbentuk ‘Bumbung Panjang’ terdiri dari
rumah ibu dan rumah dapur .Bersambung dengan rumah ibu dan rumah
dapur.Bersambung dengan rumah ibu terdapat ruang balai.Di hadapan rumah
dapur,antara rumah ibu terdapat sebuah ruang mempunyai fungsi
masing-masing.Bangunan tersebut lazimnya diperbuat daripada kayu ataupun
buluh,beratapkan rumbia atau nipah.
Rumah Ibu
Rumah ibu
merupakan sebuah rumah yang mempunyai serambi kiri dan kanan. Di hujung
ruang tengah diletakkan katil besi(antik), di pasang kelambu dan tirai
sebagai tempat tidur penghuni yang tertua (ibu dan bapa). Disebelahnya
terdapat dua buah bilik tempat tidur anak-anak gadis dan lelakinya.
Ruang
hadapan merupakan ruang tamu dan tempat berkumpul ahli-ahli keluarga.
Dibahagian atas dibuat para atau ‘lotin’ tempat menyimpan kuih-kuih pada
hari kenduri atau alatan lain seperti tikar, karung, bujam, kecung dan
sebagainya. Serambinya digunakan sebagai tempat menganyam tikar atau
membuat alat-alat kraftangan pertanian.
Biasanya rumah ini
berdindingkan buluh dan dianyam berkelarai, berlantaikan papan. Hanya
orang kaya dan berada akan menggunakan papan tegak, berlidah dan
berlurah. Ruang atas tingkap terdapat ukiran kelarai,begitu juga
pada’papan cantik’ dan ‘tibar layar’.
Rumah Sabah
Sabah
kaya dengan masyarakat daripada pelbagai suku kaum tetapi pembinaan
rumah mereka banyak dipengaruhi oleh kepercayaan mistik masing-masing.
Rumah-rumah panjang untuk suku Rungus dan Murut mempunyai ruang seakan
bilik untuk keluarga dan ruang bagi upacara tradisi suku kaum itu.
Selain rumah panjang terdapat rumah individu seperti Rumah Bajau di Kota
Belud dan Rumah Banggi di Pulau Balambangan, rumah buluh di Tambunan
dan Rumah Lotud di kawasan Tuaran.
Rumah Sarawak
Catatan Pengalaman Sebagai Penternak, Petani dan Peladang. H/P: 011-10098558 email: firasfarms@yahoo.com
Tuesday, May 27, 2014
Thursday, May 22, 2014
Labu Kuning / Manis
LABU KUNING / MANIS
Labu Kuning/Manis (Cucurbita spp.) merupakan sejenis tanaman menjalar dari keluarga Cucurbitaceae
yang sesuai ditanam di Malaysia. Labu manis juga dipanggil sebagai
Pumpkin (English), Peppo (Latin) dan Pompon (France). Tanaman ini
dikategorikan sebagai tanaman jangkapendek kerana hanya perlukan 3-4
bulan sahaja untuk dituai. Terdapat seluas 670 hektar tanaman labu manis
dengan penghasilan sebanyak 5,490 metrik tan pada tahun 2009 yang
bernilau sebanyak RM 6,456,000. Kawasan utama tanaman labu manis di
Malaysia adalah di Negeri Johor ,Kelantan dan Pahang. Tanaman labu
diusahakan secara komersial sebagai tanaman tunggal atau sebagai tanaman
selingan.
Terdapat empat spesies utama labu di dunia iaitu Cucurbita maxima, Cucurbita mixta, Cucurbita moschata dan Cucurbita pepo. Terdapat labu yang sangat besar dipanggil 'Giant Pumpkins' (Lihat Foto di bawah) ditanam di USA dan Canada.
Penanaman labu di negara temperate dibuat secara meluas dengan jenis
labu kuning. Terdapat 3 jenis labu yang ditanam diseluroh dunia mengikut
3 klasifikasi saiz buah iaitu Labu Kecil (1-2 kg), Labu Sederhana (4-8 kg) dan Labu Besar (8-12 kg). Antara Labu Jenis Kecil seperti Baby Bear, Baby Pam, Small Sugar, Spoktakular, Sugar Treat sementara Jenis Sederhana seperti Autumn gold, Bushkin, Frosty, Funny Fact, Harvest Moon, Spirit , Young beauty dan Jenis Besar seperti Aspen, Big autumn, Big Tom,Ghost rider, Happy jack dan banyak lagi. Penanaman disesuaikan dengan musim panas dan musim sejuk dimana penuaian dijalankan megikut kalendar tanaman.
Tanaman Labu Kuning / Manis di Malaysia adalah untuk kegunaan domestik dan ekspot. Jenis labu yang ditanam dulu dari jenis labu manis yang berbentuk leper dan besaiz agak besar. Kini hanya "Labu Taiwan'
yang banyak ditanam oleh petani yang bentuk agak bulat dan saiz agak
kecil sedikit. Kajian penulis di Johor dan Melaka mendapati petani
menggunakan benih Taiwan yang didakwa sebagai benih hybrid dengan harga
runcit sekitar RM25.00 sekilogram. Sebanyak 800 gram benih diperlukan
untuk sehektar tanaman.Daun
labu berbentuk lebar berwarna hijau dan berbulu. Batang labu menjalar
diatas tanah dan berwarna hijau. Pucul labu sering digunakan sebagai
sayuran. Bunga labu berwarna kuning dan didebungakan oleh serangga
seperti lebah, rama-rama dan juga semut. Buah labu berbagai bentuk yang
bulat, leper dan mempunyai ketak-ketak. Labu muda putik berwarna hijau
dan ada corak dan apabila matang akan berwarna kekuningan atau coklat
dan kulit yang agak keras.Tanah
perlu dibajak dan dibuat batas untuk kawasan rendah dan jarak tanaman
adalah 1.2 m x 2.4 m memberikan sebanyak 2,600 pokok sehektar. Pasang
plastik penutup bumi dan buatkan lubang penanaman serta 2 biji benih
selubang. Baja asas seperti tahi ayam sebanyak 2.5 - 3.0 mt tan sehektar
digunakan. Pemasangan sistem pengairan adalah baik untuk menjamin
bekalan air. Buat penjarangan setelah benih berumur 8-10 hari.Pembajaan
dengan baja NPK 15:15:15 dan baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 800 kg/ha
untuk 4 kali aplikasi. Kawalan rumpai dibuat dengan manual atau racun
kimia terpilih (Jika perlu).
Anatara masaalah penyakit tanaman Labu adalah Kulapok Downy (Pseudomonas cubensis) yang menyerang daun menyebabkan berbintik2 kekuningan dan dikawal dengan racun Metalaxyl atau carbendazim. Penyakit Kulapok Berdebu ( Erysiphe chicorancerum) menyerang bahagian bawah daun yang akibatkan daun menjadi kuning perang dan berkerekot dikawal dengan semburan racun kimia seperti carbendazim atau tridermorph. Penyakit Lecuh Anak Benih atau Damping-Off disebabkan oleh 3 jenis kulat (Phythoptora spp, Phytium spp atau Rhizoctonia spp) menyebabkan anak benih lecuh serta akan mati dan perlu dikawal dengan menggunakan racun mancozeb atau melataxyl. Penyakit Antraknos adalah biasa pada pokok labu manis dimana penyebabnya Kulat (Collectotricum lindemunthiamun) menyebabkan bintik2 berpusar dikawal dengan racun kulat jenis Maneb, Zineb, Chlorothalonil, carbendazim atau mancozeb.
Pokok labu di Malaysia perlukan masa selama 3 bulan satu pusingan. Labu yang telah matang akan dituai dan digredkan mengikut saiz dan bentuk. Anggaran hasil sebanyak 15,000 kg sehektar dan purata harga ladang adalah RM 0.80 dan RM 0.85 sekilogram. Buah labu agak tahan lama selepas dituai sehingga 2 bulan dengan penyimpanan yang baik. Kegunaan labu kuning / manis adalah untuk dibuat sayur masak lemak (Lihat foto sebelah) dan juga untuk dibuat kuih (Kuih Bingka dsb). Selain itu buah laabu di proses untuk dijadikan tepung dan juga kerepek labu.
Kajian penulis baru-baru ini di Jasin, Melaka dan Tangkak, Muar mendapati anggaran pendapatan kasar tanaman labu sebanyak RM 12,750.00 sehektar dengan Kos Pengeluaran sebanyak RM 10,358 sehektar menjadikan pendapatan bersih sebanyak RM 2,391 sehektar. Kiraan kasar menunjukkan kos pengeluaran labu manis sebanyak RM 0.69 sekilogram dengan kadar pulangan pelaburan setiap satu ringgit sebanyak RM 1.23. Walau pun penanaman labu kurang menguntungkan tetapi risiko kerugian juga agak rendah.
Subscribe to:
Posts (Atom)