PENDAHULUAN:
Kelapa sawit sesuai ditanam di kawasan tanah yang gembur, tanah liat gembur dan tanah gambut (kurang dari satu meter dalam).
Tanah
gambut (lebih satu meter dalam), tanah masam dan tanah paya adalah
kurang sesuai bagi tanaman kelapa sawit. Walau bagaimanapun dengan
pengurusan sistem pengairan dan pembajaan yang sempurna, jenis-jenis
tanah ini boleh juga ditanam dengan kelapa sawit dengan jayanya.
PERLAKSANAAN KERJA:
Kerja-kerja
pembersihan, pembarisan dan penanaman kacang penutup bumi dikawasan
ladang hendaklah disempurnakan sebelum menanam anak-anak pokok kelapa
sawit.
Pembersihan:
Kerja-kerja membersih ladang hendaklah mengambilkira kos bunuh dan
jentera, keadaan tanah (curam atau rata), hutan atau kawasan tanam
semula.
Adalah
penting operasi pembersihan ladang dijalankan serentak dengan masa
anak benih dapat diperolehi dari pembekal. Jika mempunyai tapak semaian
sendiri, masa penyediaan ladang hendaklah disesuaikan dengan masa
mengeluarkan anak benih yang telah cukup matang untuk ditanam diladang.
Perancangan jadual kerja adalah amat mustahak untuk kejayaan penanaman
diladang.
Pembarisan: Barisan tanaman dibuat mengikut arah Utara-Selatan supaya pokok-pokok mendapat cahaya matahari yang maksima.
Kekacang
penutup bumi: Menanam kekacang penutup bumi dilakukan setelah
kerja-kerja pembarisan selesai dilaksanakan. (Kawasan gambut tidak
perlu tanam kekacang).
Penutup bumi adalah untuk:
- Mengawal hakisan
- Memperbaiki status zat pemakanan dalam tanah, khususnya Nitrogen
- Memelihara kelembapan tanah
Tiga jenis kekacang penutup bumi yang biasa ditanam adalah:
- Centrosema pubescens
- Pueraria phaseoloides
- Calopogonium mucunoides/caeruleum
Benih
kekacang boleh dibeli dari pembekal-pembekal swasta manakala kompos
rhizobium boleh dibeli di Institut Penyelidikan Getah Malaysia (RRIM).
Kaedah ringkas menanam kekacang penutup bumi adalah seperti berikut:
- Umumnya campuran 10g kompos rhizobium dengan 10kg biji benih kekacang digunakan.
- Campuran tersebut ditabur didalam jalur yang selari diantara 2 barisan pokok kelapa sawit.
- Jarak diantara jalur-jalur adalah 2 meter.
- Contoh kadar campuran biji benih kekacang adalah seperti berikut:-
- Kekacang Kg/ha
- Centrocema pubescens 4.0
- Pueraria phaseoloides 1.1
- Calopogonium caeruleum 0.6
- Baja campuran N:P:K:Mg (15:15:6:4) digunakan sebagai baja asas dengan kadar 56 kg/hektar.
- Tabur baja debu Fosfat (seperti CIRP) pada kadar 560 kg sehektar mengikut jadual berikut:
Umur Kekacang | Kadar Baja Debu Fosfat (kg/ha) |
Semasa menanam (sepanjang jalur-jalur) | 112 |
2 bulan | 112 |
6 bulan | 112 |
8 bulan | 112 |
12 bulan | 112 |
- Pengawalan rumpai dan serangga perosak diperlukan dengan mengguna racun-racun yang sesuai jika hendak memperolehi tanaman kacang yang baik.
Penanaman
Penanaman:
Anak benih sawit yang telah berumur 12-15 bulan ditapak semaian adalah
sesuai untuk ditanam. Kaedah ringkas penanaman adalah seperti
berikut:-
- Lubang
Tanaman disediakan 2-3 minggu sebelum menanam. Ukuran lubang mesti
dilebihkan dari ukuran polibeg supaya penanaman mudah dijalankan. Tanah
lapisan bawah dan lapisan atas diasingkan.
- Taburkan 150g - 200g baja Fosfat didalam lubang.
- Buangkan/Tanggalkan polibeg sebelum anak benih ditanam. Masukkan anak benih kedalam lubang yang telah disediakan.
- Lubang dikambus dengan tanah lapisan atas dahulu dan diikuti dengan
tanah lapisan bawah supaya buku-pangkal pokok berkeadaan sama rata
dengan permukaan tanah.
- Anak benih hendaklah berkeadaan tegak selepas ditanam.
- Mampatkan tanah disekeliling pokok dengan tidak merosakan akarnya.
- Masa menanam hendaklah pada musim hujan dan elakkan dari menanam pada musim kemarau.
- Lazimnya, jarak tanaman yang dipilih adalah 9 meter tiga segi yang
memberi 136 pokok pada 1 hektar. Kepadatan pokok sehektar dengan
jarak tanaman yang berbeza adalah seperti jadual dibawah:
Jarak | Jumlah Pokok |
Meter (Kaki) | Hektar (Ekar) |
8.5 (28) | 160 (65) |
8.7 (29) | 148 (60) |
9.0 (30) | 136 (55) |
- Sulam pokok-pokok yang mati apabila menjalani pemeriksaan sekurang-kurangnya 6 bulan selepas menanam.
Tanaman selingan:
Kacang tanah, jagong
dan lain-lain tanaman kontan atau sayur-sayuran boleh ditanam sebagai
selingan dalam masa tiga tahun pertama selepas pokok sawit ditanam.
Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan dalam pemilihan tanaman selingan ialah:
- Tanaman itu memberi keuntungan dalam masa tiga tahun.
- Tanaman itu tidak memberi persaingan yang boleh menjejaskan
- kesuburan pokok kelapa sawit dari segi zat-zat pemakanan, air dan cahaya matahari.
- Ada pasaran atau mudah memasarkan hasil tanaman selingan
PENJAGAAN
- Mencantas
Apabila pokok di ladang berumur 18 bulan, mana-mana pelepah yang terlalu rendah hendaklah dicantas untuk menyenangkan kerja merumput. Bagi lepepah-pelepah yang menyokong tandan-tandan buah jangan sekali-kali dicantas sehingga tiba masa memungut buah.
- Mengawal rumpai
Merumput di sekeling perdu pokok dengan cangkul atau tajak, 1-2 bulan sekali semasa pokok belum besar adalah disyorkan. Semasa merumput, pelepah-pelepah daun jangan dirosakkan. Rumput-rumput diantara barisan boleh dikurangkan atau dimusnahkan dengan menanam kekacang penutup bumi atau menjalankan 'selective weeding' dengan menggunakan racun rumpai yang sesuai. Rumpai 'nonxious' perlu dibuang 3 bulan sekali.
- Membaja
Panduan membaja kelapa sawit di kawasan tanaman daripada beberapa siri tanah adalah seperti berikut:-
Tanah Asal Setempat (Sedentary Soils)
(Jerangau, Rengam, Katong, Segamat, Bungor, Munchong, Durian, Jempol, Klau, Siri Kedah)Di lubang tanaman: 0.5 kg (1 paun) CIRP
BAJA BAGI SEPOKOK Tahun Bulan Ammonia Sulphate CIRP Potash Muriate Kieserite gm oz gm oz gm oz gmoz 1 4
8
12
18113
170
227
2834
6
8
10-
-
907
--
-
32
-_
113
-
227-
4
-
8-
113
-
170-
4
-
62 24
30340
39712
149907
-32
-227
4548
16170
2276
83 36
42454
454-68016
16-24-
--
-454
907-13616
32-48227
227-3408
8=125 48 454-680 16-24 1134-1588 40-56 907-136 32-48 227-340 8-15 Pokok telah besar 1.4-23.kg 3-4 lb 1.6-2.0 kg 3.5-4.5 lb 2.7-3.6 kg 6-8 lb 0.9-1.4 kg 2-3 lb
Tanah Pesisir (Coastal Soils)
(Kangkong, Selangor, Parit Botak, Siri Selangor)Di lubang tanaman: 227 g (8 oz) CIRP + 0.9 kg (2 lb) GML
BAJA BAGI SEPOKOK Tahun Bulan Ammonia Sulphate CIRP Potash Muriate Kieserite gm oz gm oz gm oz gmoz 1 4
8
12
1857
85
113
1422
3
4
5-
-
454
--
-
16
--
113
-
--
4
-
--
45
-
--
16
-
-2 24
30170
1986
7454
-16
-227
-8
-454
-16
-3 36
42227
2278
8454
-16
-454
-16
-907
-32
-4 48 227 8 454 16 907 32 1,361 48 Pokok telah besar 0.7-0.9.kg 1.5-2.0 lb 0.5-0.9 kg 1-2 lb 1.4-1.8 kg 3-4 lb 1.4-1.8 kg 3.4
Peringatan:a. Baja Urea atau Ammonium Nitrate boleh juga digunakan dengan kadar yang berpatutan untuk jenis tanah asal setempat (Sedentary soils) selain dari baja Sulphate of Ammonia. b. Untuk jenis tanah pesisir (Costal soils), baja Ammonium Nitrate bukannya ammonium Sulfate boleh juga digunakan selain dari Urea, terutama untuk siri Parit Botak dan 'Selangor Shallow Phase'. c. Bagi pokok yang telah besar, pembajaan boleh dibahagi sama rata dan digunakan dalam bulan Mac dan September. d. Kapur (GML) hendaklah dibubuh dalam masa satu atau dua bulan sebelum / selepas pembajaan. e. Baja sebatian (compound fertilizers) boleh juga diguankan dengan kadar yang berpatutan selain daripada baja tunggal (straight fertilizers). Tanah Gambut Dalam dan Cetek (deep and shallow peat)
(Kangkong, Selangor, Parit Botak, Siri SelangorDi lubang tanaman 28 gm (1 oz) Copper Sulfate
113 gm (4 oz) CIRP
227 gm (8 oz) serbuk batu kapur GMLDi sekeliling lubang tanaman 0.5 kg (1 lb) CIRP
3 kg (6 oz) serbuk batu kapurPada tahun pertama menanam
Jenis BajaBanyak Baja / Pokok Jumlah Mac Jun September Disember Urea 113 gm (4 oz) 170 gm (6 oz) 113 gm (4 oz) 170 gm (6 oz) 567 gm (20 oz) Muriate of Potash - 227 gm (8 oz) - 453 gm (16 oz) 680 gm (24 oz) Copper Sulfate - - - 85 gm (3 oz) 85 gm (3 oz) Zinc Sulfate - - - 85 gm (3 oz) 85 gm (3 oz) Borate - - - 85 GM (3 oz) 85 gm (3 oz) Untuk tahun seterusnya
Jenis BajaBanyak baja penyak (Major Fertilizer) Pokok / Tahun Kedua Ketiga Keempat dan Pokok Besar Urea 0.9 kg (2 lb) 1.1 kg (2.5 lb) 1.1 - 1.8 kg (2.5 - 4.0 lb) Muriate of Potash 1.4 kg (3 lb) 2.3 kg (5 lb) 2.3 - 2.2 kg (5.0 - 7.0 lb) Bunch Ash 2.7 kg (6 lb) 4.5 kg (10 lb) 4.5 - 5.5 kg ( 10.0 - 12.0 lb) Rock Phophate 0.5 kg (1 lb) 0.9 kg (2 lb) 0.9 - 1.4 kg (2.0 - 3.0 lb) Serbuk batu kapur 3.6 kg (8 lb) 3.6 kg (8 lb) - Banyak baja peket (trace fertilizer) pokok / tahunCopper sulfate 85 gm (3 oz) 85 gm (3 oz) Jika perlu Zinc sulfate 85 gm (3 oz) 85 gm (3 oz) Jika perlu Borate 48 113 gm (4 oz) 170 gm (6 oz) Jika perlu
Terdapat
banyak musuh dan penyakit menyerang kelapa sawit tetapi kerosakannya
tidaklah begitu teruk. Kerosakan mestilah dikesan lebih awal lagi
supaya tindakan mengawalnya dapat diambil dengan segera.
Penyakit dan penyebabnya adalah seperti berikut:-
Penyakit dan penyebabnya adalah seperti berikut:-
- Bintik daun (Curvelaria maculans, Helminthosporium incurvatum dan Pestalothipsis palmarum)
Serangan berlaku di peringkat semaian. Bintik-bintik berwarna perang berbentuk bulat atau bujur dengan lingkaran berwarna kuning pada daun yang diserang. Jarangkan anak benih di tapak semaian agar terdapat pengudaraan. Sembur dengan racun kulat seperti ziram atau propineb.
- Hawa bebenang putih (Marasmiellus semiustus)
Menyerang anak benih. Pucuk mati sebelum keluar sabut. Sekiranya menyerang selepas pucuk keluar pokok kelihatan layu dan terdapat maisilium putih pada pangkal pokok. Jaga kebersihan dan saliran di tapak semaian.
- Antraknos (Botryodiplodia spp, Melanconium spp. dan Glomerella spp.)
Menyerang anak benih di peringkat semaian. Bintik-bintik perang dikelilingi oleh lingkaran kuning. Semburkan dengan racun kulat seperti mancozeb.
- Karah daun (Phthium spp. dan Rhizoctonia spp.)
Daun bertukar warna dari hijau tua kepada hijau kekuningan kemudainnya perang. Akar dan pangkal yang diserang menjadi reput. Pastikan tanah mempunyai imbangan baja yang sesuai, bekalan air yang mencukupi, naungan yang optima dan kurangkan kejutan semasa pemindahan anak benih. Semburkan dengan racun kulat seperti thiram, captan atau ziram.
- Reput pangkal batang (Ganoderma boninense)
Pucuk yang diserang tidak mengembang dan pelepah tua akan patah. Jika pangkal dibelah, kelihatan tisu yang reput dan berbau busuk. Pokok yang diserang biasanya akan mati dalam masa 6-12 bulan. Musnahkan sisa tunggul kelapa dan kelapa sawit sebelum penanaman. Pokok yang dijangkiti hendaklah dibakar atau diracun dengan cyprononazole atau difenoconazole.
- Reput perdu (Colletotrichum spp. dan Fussarium spp.)
Pucuk yang tidak mengembang, pertumbuhan terbantut dan pelepah yang melentur ke bawah. Kadang-kadang ia patah di tengah pelepah. Lidi daun akan patah menyebabkan daun terkulai jatuh. Jaga kebersihan ladang. Pastikan pembajaan yang sempurna. Guna anak benih bebas penyakit.
SERANGGA PEROSAK
MEMUNGUT HASIL
Bila berumur antara 36-50
bulan, kelapa sawit telah mula mengeluarkan hasil pertama. 5 1/2 - 6
1/2 bulan dari masa pendebungaan, maka buah kelapa sawit telah cukup
masak. Apabila didapati 40-60 biji buah kelapa sawit dari satu mayang
yang dianggar beratnya 9-14 kg (20-30 lb) atau 2 biji buah gugur ke
tanah, maka mayang-mayang ini telah sesuai dipotong. Ini adalah
panduan yang senang digunakan dan yang diamalkan di ladang-ladang
kelapa sawit. Kelewatan atau terlalu awal memungut hasil boleh
menyebabkan pengurangan kandungan minyak dan juga menurunkan mutu
minyak. Pusingan mengutip hasil bagi peringkat permulaan ialah
tiap-tiap 10 atau 15 hari sekali tetapi apabila hasil mencapai paras
ekonomik, maka pusingan mengutip hasil ialah tiap-tiap 5 hari.
Pendebungaan berbantu
Pendebungaan
berbantu perlu dibuat dalam masa 6 bulan sebelum tarikh pengeluaran
hasil yang ekonomik. Ia perlu dilakukan tiap-tiap 3 hari (9-10
pusingan sebulan). Ini adalah lebih mustahak bagi kawasan yang selalu
hujan. Tiap-tiap bunga betina perlulah didebungakan dengan debunga
yang tulin dengan menggunakan alat menyembur khas. Debunga perlulah
disembur terus kepada bunga betina yang sedang kembang.
Ternakan
Haiwan
ternakan terutamanya kambing biri-biri mempunyai potensi yang baik
untuk diternakkan diladang kelapa sawit. Disamping menambahkan hasil
dari jualan ternakan, ia dapat juga mengurangkan kos pengawalan rumpai.
No comments:
Post a Comment