LABU KUNING / MANIS
Labu Kuning/Manis (Cucurbita spp.) merupakan sejenis tanaman menjalar dari keluarga Cucurbitaceae
yang sesuai ditanam di Malaysia. Labu manis juga dipanggil sebagai
Pumpkin (English), Peppo (Latin) dan Pompon (France). Tanaman ini
dikategorikan sebagai tanaman jangkapendek kerana hanya perlukan 3-4
bulan sahaja untuk dituai. Terdapat seluas 670 hektar tanaman labu manis
dengan penghasilan sebanyak 5,490 metrik tan pada tahun 2009 yang
bernilau sebanyak RM 6,456,000. Kawasan utama tanaman labu manis di
Malaysia adalah di Negeri Johor ,Kelantan dan Pahang. Tanaman labu
diusahakan secara komersial sebagai tanaman tunggal atau sebagai tanaman
selingan.
Terdapat empat spesies utama labu di dunia iaitu Cucurbita maxima, Cucurbita mixta, Cucurbita moschata dan Cucurbita pepo. Terdapat labu yang sangat besar dipanggil 'Giant Pumpkins' (Lihat Foto di bawah) ditanam di USA dan Canada.
Penanaman labu di negara temperate dibuat secara meluas dengan jenis
labu kuning. Terdapat 3 jenis labu yang ditanam diseluroh dunia mengikut
3 klasifikasi saiz buah iaitu Labu Kecil (1-2 kg), Labu Sederhana (4-8 kg) dan Labu Besar (8-12 kg). Antara Labu Jenis Kecil seperti Baby Bear, Baby Pam, Small Sugar, Spoktakular, Sugar Treat sementara Jenis Sederhana seperti Autumn gold, Bushkin, Frosty, Funny Fact, Harvest Moon, Spirit , Young beauty dan Jenis Besar seperti Aspen, Big autumn, Big Tom,Ghost rider, Happy jack dan banyak lagi. Penanaman disesuaikan dengan musim panas dan musim sejuk dimana penuaian dijalankan megikut kalendar tanaman.
Tanaman Labu Kuning / Manis di Malaysia adalah untuk kegunaan domestik dan ekspot. Jenis labu yang ditanam dulu dari jenis labu manis yang berbentuk leper dan besaiz agak besar. Kini hanya "Labu Taiwan'
yang banyak ditanam oleh petani yang bentuk agak bulat dan saiz agak
kecil sedikit. Kajian penulis di Johor dan Melaka mendapati petani
menggunakan benih Taiwan yang didakwa sebagai benih hybrid dengan harga
runcit sekitar RM25.00 sekilogram. Sebanyak 800 gram benih diperlukan
untuk sehektar tanaman.Daun
labu berbentuk lebar berwarna hijau dan berbulu. Batang labu menjalar
diatas tanah dan berwarna hijau. Pucul labu sering digunakan sebagai
sayuran. Bunga labu berwarna kuning dan didebungakan oleh serangga
seperti lebah, rama-rama dan juga semut. Buah labu berbagai bentuk yang
bulat, leper dan mempunyai ketak-ketak. Labu muda putik berwarna hijau
dan ada corak dan apabila matang akan berwarna kekuningan atau coklat
dan kulit yang agak keras.Tanah
perlu dibajak dan dibuat batas untuk kawasan rendah dan jarak tanaman
adalah 1.2 m x 2.4 m memberikan sebanyak 2,600 pokok sehektar. Pasang
plastik penutup bumi dan buatkan lubang penanaman serta 2 biji benih
selubang. Baja asas seperti tahi ayam sebanyak 2.5 - 3.0 mt tan sehektar
digunakan. Pemasangan sistem pengairan adalah baik untuk menjamin
bekalan air. Buat penjarangan setelah benih berumur 8-10 hari.Pembajaan
dengan baja NPK 15:15:15 dan baja NPK 12:12:17:2 sebanyak 800 kg/ha
untuk 4 kali aplikasi. Kawalan rumpai dibuat dengan manual atau racun
kimia terpilih (Jika perlu).
Anatara masaalah penyakit tanaman Labu adalah Kulapok Downy (Pseudomonas cubensis) yang menyerang daun menyebabkan berbintik2 kekuningan dan dikawal dengan racun Metalaxyl atau carbendazim. Penyakit Kulapok Berdebu ( Erysiphe chicorancerum) menyerang bahagian bawah daun yang akibatkan daun menjadi kuning perang dan berkerekot dikawal dengan semburan racun kimia seperti carbendazim atau tridermorph. Penyakit Lecuh Anak Benih atau Damping-Off disebabkan oleh 3 jenis kulat (Phythoptora spp, Phytium spp atau Rhizoctonia spp) menyebabkan anak benih lecuh serta akan mati dan perlu dikawal dengan menggunakan racun mancozeb atau melataxyl. Penyakit Antraknos adalah biasa pada pokok labu manis dimana penyebabnya Kulat (Collectotricum lindemunthiamun) menyebabkan bintik2 berpusar dikawal dengan racun kulat jenis Maneb, Zineb, Chlorothalonil, carbendazim atau mancozeb.
Pokok labu di Malaysia perlukan masa selama 3 bulan satu pusingan. Labu yang telah matang akan dituai dan digredkan mengikut saiz dan bentuk. Anggaran hasil sebanyak 15,000 kg sehektar dan purata harga ladang adalah RM 0.80 dan RM 0.85 sekilogram. Buah labu agak tahan lama selepas dituai sehingga 2 bulan dengan penyimpanan yang baik. Kegunaan labu kuning / manis adalah untuk dibuat sayur masak lemak (Lihat foto sebelah) dan juga untuk dibuat kuih (Kuih Bingka dsb). Selain itu buah laabu di proses untuk dijadikan tepung dan juga kerepek labu.
Kajian penulis baru-baru ini di Jasin, Melaka dan Tangkak, Muar mendapati anggaran pendapatan kasar tanaman labu sebanyak RM 12,750.00 sehektar dengan Kos Pengeluaran sebanyak RM 10,358 sehektar menjadikan pendapatan bersih sebanyak RM 2,391 sehektar. Kiraan kasar menunjukkan kos pengeluaran labu manis sebanyak RM 0.69 sekilogram dengan kadar pulangan pelaburan setiap satu ringgit sebanyak RM 1.23. Walau pun penanaman labu kurang menguntungkan tetapi risiko kerugian juga agak rendah.
No comments:
Post a Comment