|
Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh
manusia.
Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan
melebihi daripada dalam susu lembu.
Susu Kambing tidak mengandungi jenis protein (alpha-casein protein &
beta-casein protein) yang menyebabkan alahan seperti yang terdapat dalam susu
lembu. Protein yang terdapat dalam susu kambing mengandungi 22 asid amino
termasuk 8 jenis asid amino penting.
Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah
penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam
tubuh).
Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat
daripada protein).
Gabungan Kalsium & Fosforus =
Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan
tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.
Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan
susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk
beberapa fungsi yang lain:
- Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
- Membolehkan
penggumpalan darah
- Mengekalkan
ketampanan otot dan mengawal pengucupan
- Menstabilkan
dan menyelenggara membran sel
- Membolehkan
saraf berfungsi dengan baik
- Mengawal
degupan jantung
- Boleh
mengurangkan kejadian kanser kolon
- Menyingkirkan
toksin dalam kolon
- Menurunkan
tekanan darah
- Memperbaiki
ketegangan dan tidur yang selesa
- Membantu
mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan
Trace Mineral - Komponen antioksidan
protein mengawal & mencegah kerosakan sel akibat radikal bebas, membasmi
sel kanser, mengawal sel kulit dari sinar UV dan penting untuk masalah
penyakit berkaitan penuaan.
Kandungan Selenium paling tinggi dalam susu kambing berbanding susu lembu @
lain-lain susu Selenium dikatakan sebagai senjata efektif melawan kanser.
Hasil daripada kajian Dr. Larry Clark dari Arizona Cancer Centre menunjukkan
supplemen selenium mengurangkan risiko kanser paru-paru sebanyak 46%, kanser
kolon.
Purata pengurangan sebanyak 37% dalam
semua jenis kanser. Penting untuk kesuburan lelaki – diperlukan untuk
biosentisis testoron & pertumbuhan sperma normal. Penting dalam
pengeluaran sejenis hormon otak ‘neurotransmitter’- tahap selenium yang rendah
dikaitkan dengan risiko ‘dementia’ & penyakit mental. Penting untuk
sistem imum dengan menghasilkan sejenis hormon ‘interleukin-2 (IL2)
receptors’ keatas permukaan T-cells.
Tubuh badan yang sihat mengekalkan imbangan Nilai pH antara pH 7.35 – 7.45.
Pada pH badan yang normal, sel-sel badan dapat berfungsi dengan sempurna dan
sel-sel imum dapat membunuh sel-sel pathtogen yang mengancamnya. pH yang
rendah (berasid) mengundang penyakit seperti kencing manis dan lain-lain
lagi.
Sama seperti susu ibu, pH susu kambing beralkali berbanding dengan susu lembu
yang asidik.Susu kambing dapat meneutralkan asid dalam perut dan mengujudkan
persekitaran yang lebih beralkali – baik untuk sistem penghadaman dan dapat
mengatasi masalah penyakit seperti gastrik, ulser perut dsb.
Perbandingan Khasiat Susu Kambing
dengan Susu Kerbau dan Lembu (gm/liter)
Comparison in gm/liter
VITAMIN
|
KAMBING
|
KERBAU
|
LEMBU
|
Vitamin A
|
2070
|
1669
|
1560
|
Vitamin D
|
23.7
|
tiada
|
tiada
|
Riboflavin
|
1.84
|
1.07
|
1.75
|
Nicotinic Acid
|
1.87
|
1.71
|
1.94
|
Choline
|
150
|
tiada
|
121
|
Inositol
|
210
|
tiada
|
110
|
Vitamin B1
|
0.0006
|
0.0043
|
0.0043
|
JADUAL KEGUNAAN VITAMIN
NAMA VITAMIN
|
KEGUNAAN VITAMIN
|
KEKURANGAN VITAMIN
|
Vitamin A (Retinol)
|
Kekuatan gigi, tulang , tisu
lembut, salutan mucus.
Memelihara kulit.
Penglihatan yang jelas &
normal.
Untuk kesuburan kelahiran.
Untuk menolong ibu susuan.
Vitamin A mengatur sistem kekebalan
(immune system) mencegah atau melawan jangkitan dengan membuat sel darah
putih yang menghapuskan bakteria dan virus merbahaya.
|
Kekurangan vitamin A boleh
menyebabkan lemah daya penglihatan pada waktu malam, rabun malam,. Lemah
daya tahan badan dan ini akan lebih terdedah pada jangkitan. Kulit menjadi
kering dan gatal, hilang selera makan. Tulang dan gigi menjadi lemah
- Osteoporosis
|
Vitamin D
|
Vitamin D menolong untuk tumbesaran
tulang dan gigi yang normal pada kanak-kanak. Ia mencegah otot dari menjadi
lemah dan ia terlibat mengatur denyutan jantung. Ia juga penting dalam
pencegahan dan rawatan kanser kolon, osteoarthritis, osteoporosis, dan
hypocalcemia, dan ia meningkatkan sistem imuniti.
|
Rickets, pada kanak-kanak ( cacat tulang, terutamanya tulang
belakang, kaki dan tengkorak; tulang mudah patah; bengkak sendi; dan lemah
otot). Osteomalacia pada orang dewasa – tulang menjadi lembut yang
menyebabkan sakit terutama pada kaki pinggang, leher dan tulang dada mudah
patah tulang kejang otot pada tangan kaki dan tekak.
|
Riboflavin
|
Riboflavin perlu untuk pembentukan sel darah merah,
penghasilan antibodi, pernafasan sel, dan tumbesaran. Ia melegakan
keletihan mata dan penting dalam pencegahan dan rawatan kataract. Riboflavin
juga memudahkan penggunaan oksigen oleh tisu kulit, kuku dan rambut ;
menghapuskan kelemumur dan menghindar dari keguguran
rambut. Pengambilan riboflavin sangat penting ketika mengandung,
kerana kekurangan vitamin ini boleh merosakkan fetus yang sedang membesar
sekalipun wanita tersebut tidak menunjukkan tanda-tanda.
|
Kekurangan boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan.
Bibir merekah, sakit (bengkak) lidah dan di tepi mulut.
Lemah daya penglihatan, photophobia (terlalu sensitif pada cahaya).
Gatal kulit, pening , rambut gugur
dan insomnia (tidak boleh tidur).
Lemah daya penghadaman, membantut
tumbesaran, dan lembap dalam tindakbalas mental
|
Choline
|
Choline mengawal berat badan dan level cholesterol . Ia menyihatkan
salutan cell and menghindar dari penyakit gall stones. Ia juga
memilihara system saraf, daya peringatan dan daya belajar. Ia juga
memperkuatkan daya pertahanan kita untuk melawan hepatitis dan AIDS.
|
Kekurangan nya akan membawa penyakit kepada hati (liver) dan menaikan
level cholesterol kita, menaikan tekanan darah kita dan membawa kepada
penyakit ginjal.
Daya peringatan dan fungsi otak kita akan terjejas
|
Inositol
|
Inositol memberi kesihatan kepada rambut, pertumbuhan rambut dan
mengawal level estrogen dan menghindar dari bekak di buah dada.
|
Kekurangan nya akan mengakibatkan penyakit eczema (penyakit kulit –
gatal, berkudis) keguguran rambut, sembelit, penyakit mata dan menaik level
cholesterol kita.
|
Vitamin B1
|
Ia adalah amat berkhasiat untuk otak dan boleh melegakan tekanan
jiwa dan mempertingkatkan daya ingatan dan day belajar. Untuk Kanak
Kanak ia adalah perlu untuk tumbesarah. Ia juga melegakan sakit
arthritis (penyakit sengal sengal – lenguh sendi), mata dan kemandulan
|
Kekurangan vitamin B1 boleh menyebabkan :
Keletihan, lemah badan, hilang selera makan.
Kegelisahan, gangguan tidur.
Beriberi, iaitu sejenis penyakit "metabolic disorder"
dengan gejala seperti cirit, bengkak buku lali dan kaki, kebas tangan dan
kaki, kesakitan dan kegagalan jantung.
Sakit pada bahagian abdomen.
Sembelit
Gangguan mental atau emosi.
|
|
|
No comments:
Post a Comment