INFO
Tujuan 'make over' adalah khusus untuk pokok kurma yang masih belum berbunga apatah lagi berbuah walaupun pokok kurma berkenaan sudah hampir sebaya dengan usia anak empunya pokok kurma tersebut. Boleh juga dipraktikkan kepada pokok kurma subur yang lain agar cepat mengeluarkan hasil buahnya. Dan juga sangat praktikal diamalkan kepada pokok kurma berbunga atau/dan berbuah agar istiqomah mengeluarkan hasil.
Pokok Kurma yang hidup subur berbuah di Timur Tengah dan sebahagian benua Afrika
Buat pengetahuan anda, tanah dan mukabumi negara kita bukannya seperti negara Timur Tengah serta Tanah Arab, bumi yang penuh barakah. Pokok kurma yang sihat di Malaysia ini mesti berpaksikan kepada penjagaan sesempurna mungkin bagi penghasilan buah. Sekiranya tidak berjaga dengan baik, pokok kurma tersebut hanya mampu menjadi penghias lanskap anda sahaja. Disebabkan faktor tersebutlah majoriti pokok kurma di Malaysia ini hanya mampu berbuah selepas tumbuh hidup antara 15 - 30 tahun. Jangkamasa tersebut teramatlah lama. Dan ada juga pokok yang langsung tak berbunga, apatah lagi berbuah..! Dan LEBIH MALANG lagi, pokok kurma 'veteran' berkenaan ditebang oleh pemiliknya atas keyakinan pokok kurma berkenaan memang tidak mampu berbuah langsung...!!!
'Imej' kebanyakan Pokok Kurma yang 'serabut' di Malaysia
Pertama sekali apa yang perlu ditekankan adalah dari segi 'paras rupa' pokok kurma tersebut. Lazimnya di Malaysia, dapat dilihat pokok kurma yang tumbuh samada di halaman rumah pemiliknya mahupun di perkarangan masjid, sungguh kesian sekali. Pokok paku pakis dan renek yang lain hidup subur 'tumpang glamour' di celah tunggul pelepah serta di celah dahan pelepah. Sepatutnya pokok paku pakis dan renek itu tidak dibiarkan tumbuh melata. Cabut keluar semua pokok-pokok tumpang berkenaan. Kikiskan lumut atau habuk pokok yang telah lama 'menginap' secara percuma. Singkirkan ulat atau kumbang pokok dari mendiami pokok kurma tersebut.
'Kekemasan' Pokok Kurma yang subur berbuah, tanpa tunggul pelepah, bebas lumut dan serangga perosak
Sekiranya di tanam dalam pasu, pastikan rumput di dalam pasu berkenaan dicabut buang. Sekiranya ditanam di tanah pula, pastikan jarak secara bulatan antara setengah hingga dua kaki di sekeliling pepohon tamar dibersihkan daripada 'terhuninya' rumput.
Seterusnya kaedah penyiraman. Pokok yang baru dialih tanam ke dalam pasu atau tanah, siramkan 2 kali sehari dalam tempoh 3 minggu. Selepas daripada tempoh itu, sudah memadai dengan penyiraman sekali sehari atau boleh juga 3 kali seminggu.
Manakala pembajaannya disyorkan menggunakan 100% organik sebarang jenama. Diingatkan, hanya baja organik yang TIDAK BERASASKAN NAJIS sahaja. Ikuti panduan yang dimaklumkan penggunaannya oleh jurujual baja organik berkenaan. Sebagai alternatif khusus, anda juga boleh mendapatkan supplimen BIO-ORGANIK yang diformulakan oleh SYFUL TAMAR sendiri khusus untuk tumbesaran serta pembuahan pepohon tamar anda..! Info berkenaan supplimen BIO-ORGANIK, sila klik (di sini).
DOA maksudnya di sini bukan sekadar berlisan sambil menadah tangan atau berbicara di dalam hati memohon kebaikan daripada-Nya, malah lebih meluas skop pengertiannya. Ianya mencakupi :
A. Iltizam dengan penuh optimis yang pokok kurma anda akan mengeluarkan hasil kelak.
B. Sentiasa berbicara dengan rangsangan kata-kata positif dan memberi belaian lembut terhadap pokok kurma bagi menzahirkan kasih sayang terhadap pokok kurma anda selaku makhluk Allah yang mendapat tempat di dalam Al-Quran serta sirah Nabi ini.
C. Berselawatlah tatkala memandang pokok kurma anda, ketika menyentuhnya dan juga ketika mempraktikkan kaedah penjagaan serta pembajaan yang dikongsikan.
D. Sayangi pokok kurma anda seadanya kerana status pepohon tamar dan buahnya yang merupakan penghias syurga serta menjadi antara makanan ruji para penghuninya kelak.
Diharapkan dengan info serba ringkas ini, mendatangkan manfaat kepada
kita semua. Apalagi, 'make over'kanlah pokok kurma anda segera...!!!
:-)
2. POKOK KURMA JANTAN DAN BETINA
Bagaimana mengetahui jantina Pokok Kurma anda samada jantan ataupun betina..?
Ada yang berkongsi info sebegini; jantina Pokok Kurma hanya dapat
diketahui status jantina setelah berusia 3 tahun selepas dialih tanam ke
tanah. Caranya ialah, yang jantan pelepah daunnya mencanak naik.
Manakala betina rimbun pelepahnya melentik ke bawah.
Pada kami pula, kaedah yang terbaik mengenalpasti jantina Pokok Kurma adalah setelah ianya berbunga. :-) . Ya, betul..
Pokok jantan mengeluarkan bunga seakan-seakan bunga kelapa tetapi
berdebunga halus (seperti gambar di bawah). Pada 2 minggu pertama
berkembang mekarnya bunga jantan tersebut, bau seakan-seakan air mani
menyengat deria hidu persekitaran. Adakah ini menandakan pokok jantan
tersebut tidak akan dapat mengeluarkan hasil buahnya..? Nanti akan
dikupaskan.
Bunga Pokok Kurma Jantan
Pokok betina pula mengeluarkan bunga seakan-akan geguli kecil bertangkai
(seperti gambar di bawah). Ianya tidak mengeluarkan bau. Adakah pokok
betina mampu mengeluarkan buah..? Ikuti kupasan seterusnya.
Bunga Pokok Kurma Betina
Pokok jantan langsung tidak berupaya mengeluarkan buah..! Itu adalah
fakta..! Ada sesiapa yang punyai Pokok Kurma jantan di sini..? Kecewa..?
Pokok betina pula mampu mengeluarkan buah tanpa mengharap ehsan pendebungaan daripada bunga jantan. Ada pemilik Pokok Kurma betina di sini..? Girang..?
Kepada pemilik pokok jantan, anda tak perlu kecewa dengan 'kejantanan' pokok anda. Memang betul, pokok anda tidak mampu mengeluarkan buah. Namun, tahukah anda yang bunga pokok jantan anda mempunyai kefungsian fantastik 'best' kepada pemiliknya..? Ada 2 situasi kefantastikan itu berlaku iaitu :
1. Bila bunga jantan berkembang mekar
Perlu segera di cantas pangkal mayangnya. Mengapa..? Kerana ianya akan gugur sendiri tanpa sebarang kefungsian selepas 3 minggu berkembang mekar.
Apa yang perlu dilakukan selepas dicantas..? Ada 2 tindakan perlu dilakukan selepas pencantasan.
Pertama, tersu segera tepuk-tepuk manja, debungakan pada bunga betina untuk penghasilan buah. Mengapa pula..? Bukankah pokok betina boleh berbuah tanpa bunga jantan..? Kupasan susulan akan beri pencerahan.
Kedua, jika tiada pokok betina yang mahu disenyawakan pada bunganya ataupun memang sengaja tidak mahu disenyawakan kepada pokok betina atas faktor ini : bunga jantan diproses menjadi supplimen kesihatan khusus untuk lelaki. Ya, betul. Bagaimana mahu diproses dan apa khasiatnya..? Ah ha, tanya kami tatkala anda sedia ada punyai Pokok Kurma jantan kelak. Pautan berikut memaparkan saat bunga jantan berkembang mekar dan pencantasannya. Klik (di sini) dan (di sini).
2. Ketika bunga jantan tersisip rapi di dalam mayang
Perlu segera dicantas sebelum ianya kembang mekar. Itupun sekiranya anda mahu menyimpan bunga jantan dalam mayang tersebut untuk kalau-kalau anda bakal mempunyai pokok betina kelak. Atau sudah punyai pokok betina namun masih belum berbunga. Aik..? Bagaimana pula tahu jantina betina sedangkan dimaklumkan di atas hanya setelah pokok berbunga baru diketahui jantinanya..? Ah ha, kupasannya juga menyusul kemudian. :-)
Dan juga, untuk pengetahuan anda, bunga jantan yang tersisip rapi itu mempunyai ketahanan kefungsiannya sehingga 2 tahun selepas pencantasan. Berbaloikan tunggu pokok betina berbunga bagi jangkamasa tersebut.
Jadi, ditekankan di sini, Pokok Kurma jantan juga mampu menjana pendapatan pasif kepada pemiliknya. Di Timur Tengah bunga jantan mekar bagi penghasilan supplimen dan bunga jantan dalam mayang untuk pokok betina didagangkan di pasar-pasar terbuka. Siapa prospeknya..? Sudah tentu pengguna yang tahu keberkesanan supplimen bunga jantan dan pemilik pokok betina. :-)
Seterusnya, kita beralih kepada pengetahuan Pokok Kurma betina dan bunganya. Ada disebutkan seperti di atas, Pokok Kurma betina boleh dikenalpasti walaupun belum mengeluarkan bunga.
Bagaimana..? :-)
Dapat dikenalpasti setelah pokok tersebut 'melahirkan' anak /anak-anak pokok sebagaimana pokok pisang. Ya, menarik kan..? :-)
Disentuh juga tentang perlaksanaan pendebungaan dengan bunga jantan bagi pengeluaran buah, sedangkan dimaklumi pokok betina mampu berbuah tanpa persenyawaan dengan bunga jantan.
Begini, memang benar ianya mampu berbuah sendiri tanpa perlunya bunga jantan. Ada 2 situasi yang berlaku jika pokok betina berbuah tanpa bunga jantan iaitu :
1. Buah yang kecil
Buahnya sangat kecil berbanding dengan yang ada dijual di pasaran. Ketahanannya buah dan tangkainya juga rapuh. Sangat kurang yang 'survive' sehingga ranum.
2. Buah saiz normal tapi manis kelat
Buahnya sama saiz seperti yang ada di pasaran tetapi tidak semanis dan seenak buah yang dijual.
Pautan berikut memberi pencerahan kepada situasi pokok betina berbuah sendiri tanpa debunga jantan. Sila klik (di sini).
Bagaimana proses pendebungaan bagi penghasilan buah kurma terbaik kualitinya..?
Begini, proses pendebungaan pokok kurma tidak melibatkan angin mahupun serangga dan haiwan-haiwan kecil yang lain. Ianya 100% dilakukan oleh tangan manusia..! Ya, manusia.. kitalah tu. :-)
Bau bunga kurma tidak menarik langsung perhatian serangga dan haiwan seperti lebah, kumbang dan burung. Pokok kurma diciptakan oleh-Nya khusus untuk disenyawakan sendiri dengan tangan kita.
Bunga jantan perlu didebungakan kepada bunga betina dengan tepukan manja, perlahan-lahan penuh rasa kasih sayang peringkat tinggi. Mengapa sedemikian? Ianya adalah simbolik pengharapan kita agar pokok betina berkenaan menghasilkan buah berkualiti membuak-buak kelak.
Kesimpulannya di sini, samada anda mempunyai pokok jantan mahupun betina, ianya memberi pulangan yang lumayan kepada pemiliknya, apatah lagi jika punyai kedua-duanya kan? :-)
Apa yang sangat penting, praktiskan Teknik Penjagaan dan Pembajaan yang dikongsikan pada tajuk paling atas sekali, secara istiqomah dan berserah (tawakkal). Allah tidak menilai hasil yang bakal diperolehi, tetapi penilaian-Nya diberi markah atas usaha yang penuh bermanfaat kita samada sehingga berhasil atau sebaliknya. :-)
3. ALIH TANAM ANAK POKOK DARI BEG POLI KE LOKASI TANAMAN (TANAH ATAU PASU BESAR)

TUJUH Teknik Afdal Alih Tanam Anak Pokok dari Beg Poli ke Lokasi Tanaman
(Pasu atau Tanah)
Teknik-teknik ini mempunyai nilai tinggi
untuk dipratikkan kepada semua jenis pokok dan tumbuhan.
Teknik Kedua : Gali/Korek lubang tanah mengikut sukatan ketinggian tanah dalam poli beg. Sebagai contoh, kedalaman lokasi penanaman adalah bersamaan ketinggian tanah dalam poli beg yang sepanjang jari telunjuk. Boleh diukur dengan lidi, pembaris dan sebagainya.
Teknik Ketiga : Lakukan pemotongan pada lubang terakhir sekeliling beg poli tersebut sehingga terdedah dasar tanahnya. Semasa proses pemotongan, sila ampu beg poli secara mengiring agar tanah tidak terlerai dengan banyak. Mana-mana akar yang terkeluar dari mana-mana lubang, 'ekjas' skil pemotongan anda supaya tak terpotong akar tersebut. Tapi kalau terpotong pun 'idok ngape', cuma anak pokok tu ambil masa la siket bagi 'merawat kecederaan' tersebut.
Teknik Keempat : Pisahkan bahagian bawah yang dipotong itu daripada tanah secara perlahan-lahan agar tanah tidak terurai dengan teruk.
Teknik Kelima : Dengan diiringi selawat sepanjang proses, letakkan anak pokok dalam beg poli yang telah dipotong bahagian bawahnya itu ke dalam dasar lubang yang telah digali. Kemudian tarik dengan perlahan-lahan dan lemah-lembut (petua ini bagi menzahirkan kasih sayang terhadap pokok yang ditanam) dari beg poli berkenaan.
Teknik Keenam : Kambus kembali
lubang dan siram secara kerap 2 - 3 kali sehari selama 2 minggu pertama.
Amalkan juga pembajaan melalui baja organik sahaja.
Teknik Ketujuh : Sentiasa berkomunikasi dengan pokok anda seperti memberi salam, bertanya khabar, ‘hamburan’ dengan kata-kata positif, belai dengan sentuhan lembut diiringi zikir, selawat dan doa. Ianya merupakan tonik terbaik agar pokok kita hidup subur dan segar bugar serta mampu mengeluarkan hasil yang membuak-buak dengan banyak kelak.
No comments:
Post a Comment