Menternak rusa cara komersial adalah amat cerah pada masa hadapan jika dibandingkan dengan menternak lembu. Daging rusa lebih sedap, kurang lemak dan rendah kalestrol. Dari segi penjagaan tidak memerlukan pekerja yang ramai. Adalah diharapkan perusahaan menternak rusa akan berjaya di Malaysia kelak.
Dalam aktiviti penternakan rusa, terdapat beberapa jenis rusa dan sub spesisnya.
Antaranya seperti rusa sika (Cervus nippon),sambar (Cervus unicolor),
red deer (Cervus elapus),
Wapiti atau Elk,
Fallow deer (Dama-Dama),
chital (Axs-Axis),
dan rusa timor atau exotic (Cervus timorensis).
Namun begitu, terdapat tiga jenis rusa utama yang diternak, khususnya di Malaysia.
Antaranya ialah : -Penternakan rusa mampu menghasilkan pelbagai produk kepada pembangunan industri negara.
Rusa Sambar- Cervus Unicolor Equiinus & Cervus Unicolor Brooke
Sambar merupakan jenis rusa yang lebih besar badannya jika dibandingkan dengan temorensis dan mempunyai tanduk yang lebih menarik. Namun, sambar ialah rusa yang mendapat perlindungan dari pihak kerajaan Malaysia. Untuk menternak rusa jenis ini, lesen diperlukan dari pihak perhilitan negara kerana jenis ini jarang didapati dan kini masalah kepupusan menghantui rusa jenis sambar.
Rusa Mauritius Cervus Timorensis
Merupakan jenis rusa yang kerap diternak, khususnya negara Malaysia. Rusa ini sering menjadi pilihan kerana sifatnya yang mudah menyesuaikan diri pada keadaan persekitaran, khususnya iklim khatulistiwa negara. Selain itu, tanduknya (velvet) yang berguna dalam perubatan masyarakat cina sering mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pengamal perubatan. Akibat kurangnya penternakan rusa mengakibatkan kurangnya bekalan velvet kepada aktiviti perubatan dan ini membawa kepada kenaikan harga velvet dalam pasaran tempatan. Kadar kelahiran yang tinggi turut menjadikan temorensis sering menjadi pilihan utama penternak untuk diternak, malah kadar kematiannya juga rendah jika dibandingkan dengan jenis rusa lain seperti axis
Rusa Axis Cervus Axis Axis
Axis-Axis merupakan rusa yang sukar untuk didapati kerana harganya yang terlalu tinggi. Badan/bulunya yang berbintik merupakan antara tarikan utama rusa jenis ini dan faktor ini mempengaruhi harga pasaran rusa jenis axis-axis. Selain itu, jenis axis-axis ialah rusa yang lebih gemarkan iklim sejuk dan ini memyebabkan rusa jenis ini kurang bersesuaian untuk diternak dalam negara beriklim khatulistiwa seperti Malaysia. Kadar kematian anak yang tinggi jika dibandingkan dengan jenis timorensis juga membawa kepada masalah kurangnya penerokaan aktiviti penternakan rusa jenis ini.
Namun begitu, zoo atau hotel-hotel terkemuka kerap menternak rusa jenis axis-axis sebagai daya tarikan kepada pengunjung dan ini jelas mengambarkan bahawa rusa jenis axis-axis lebih sesuai untuk diternak dengan tujuan membangunkan aktiviti pelancongan negara dari aktiviti pengeluaran produk rusa secara komersial.
Rusa merupakan hidupan liar yang di lindungi :
Menternak Rusa Sambar ( harus mohon permit dari jabatan Mergastua nama baru PERHILITAN...Rusa dari hutan negara ini adalah dilindungi dibawah AKTA no 76 AKTA Perlindungan Hidupan Liar 1972
Antara tabiat biasa dan habitat rusa adalah seperti berikut :-
Rusa gemarkan kawasan yang sunyi seperti kawasan habitat asalnya dalam hutan (semulajadi).
Persekitaran kawasan ternakan dengan mengekalkan sifat rimbanya yang redup dan sunyi adalah amat penting untuk penternakan rusa ;Rusa lebih kerap berjalan di tepi-tepi pagar, iaitu dalam lingkungan 4 kaki dari tepi pagar. Keadaan ini menjadikan rusa jarang untuk berada di tengah-tengah padok atau kawasan pemagaran.
Tabiat yang gemar berjalan dalam lingkungan ini menjadikan rumput mudah mati akibat sering dipijak oleh rusa ;Untuk mengekalkan kawasan ternakan seperti rimba asal, pokok-pokok besar dan renek juga seharusnya dikekalkan dan jangan ditebang. Hal ini kerana pokok-pokok ini mampu menjadi pelindung kepada rusa untuk berteduh dari hujan atau panas kerana rusa tidak perlukan kandang ;Pokok-pokok yang ingin ditanam untuk tujuan berteduh dan makanan haruslah dibalut terlebih dahulu sebelum benar-benar matang kerana tabiat rusa yang gemar mengigit kulit kayu dan mengesel tanduk pada batang pokok boleh menyebabkan pokok tersebut mati sebelum mencapai tahap matang ;Persekitaran seperti anak sungai, parit kecil atau kolam kecil adalah amat digalakkan untuk disediakan kerana rusa gemar berkubang dan berendam dalam air, maka kemudahan ini perlu disediakan ;menyediakan pondok kecil dalam kawasan ragutan rusa dan penyediaan tapak makanan rusa ditempat-tempat khas agar masalah liar rusa dapat dikurangkan.
Rusa adalah haiwan ternakan yang tahan lasak dari cuaca semasa seperti hujan dan panas. Ketahanan ini sekali gus menjamin kepada pengurangan kos permulaan pelaksanaan projek penternakan rusa kerana rusa tidak memerlukan kandang seperti kambing atau lembu sebagai tempat berteduh. Namun begitu, rusa hanya perlukan pokok sebagai tempat berteduh dari panas mahupun hujan, khususnya pokok-pokok renek ;Rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan penyakit jika dibandingkan dengan ternakan lain seperti ayam, malah ketahanannya hampir memastikan bahawa rusa tidak perlukan suntikan tambahan untuk memastikan kesihatannya terjamin. Namun begitu, langkah berjaga-jaga masih perlu diambil agar masalah penyakit tidak mengganggu pertumbuhan dan tumbesaran rusa ;Rusa juga merupakan haiwan ternakan yang tidak memilih rumput sebagai makanannya. Namun begitu, rumput seperti guinea grass (panicum maximum), green panic, brachiaria decumbens, brachiaria humidicola, napier dan guatemala adalah digalakkan untuk diberi makan kepada rusa. Selain itu, makanan tambahan seperti hampas soya, dedak, daun petai belalang, daun ubi, acacia, hibiscus, nangka, cempedak, lundai, ara, pisang, betik atau bijian palet yang dicampur dengan multi-vitamin juga boleh diberikan sekurang-kurangnya sekali dalam seminggu ; Seekor Rusa jantan mampu mengawan dengan 40 ekor Rusa betinaMusim mengawan berlaku bila tanduk Rusa jantan menjadi keras, Musim beranak Rusa betina antara bulan Oktober hingga Januari kerana tempoh rusa bunting adalah 8 bulan.Rusa jantan yang berusia 18 bulan ke atas sedia untuk disembelih.Rumput jenis Guinea dan Decumbens yang diimport dari Australia dan Thailand sesuai untuk pemakanannyaGaram mineral blok serta kulit jagung menambahkan serat dalam pemakanan rusa. Sebanyak 20 kilogram rumput diberikan kepada sekumpulan rusa ternak setiap hariPenyakit seperti trypanosomiasis dan kecederaan akibat berlawan sesame sendiri khususnya melibatkan rusa jantan ketika musim mengawanRusa yang sakit akan di rawat di klinik kesihatan yang bercantum dengan tempat penyembelihanRusa perlu menjalani pemeriksaan darah, tahap kecacingan, diberi antibiotic, vitamin dan lain-lain ubatan.Rusa yang diternak di kawasan bukit, dagingnya lebih bermutu tinggi, kerana aktiviti turun naik bukit memberikan senaman kepada rusa ini, .Kaedah PengurusanSistem pengurusan lading rusa terbahagi kepada dua iaitu ragutan terbuka yang mana rusa dibiarkan meragut rumput pasturan secara pusingan dengan kadar empat hingga lima ekorKeperluan utama diperlukan oleh penternak yang memilih lading konsep ini ialah penanaman rumput, pemagaran dan rumah klinik.Sistem pengurusan lading kedua ialah lading integrasi iaitu rusa diternak di bawah tanaman kekal seperti kelapa sawit, koko dan kelapa. Seperti system ragutan terbuka, ladang ini juga memerlukan pemagaran, rumah klinik + penyembelihan dan tumbuhan atas tanah antara tanaman kekal.
Jenis rumput yang sesuai:
MARDI digit Digitaria setivalva Setaria kazungula Setara sphacelata cv kazungula Rumput Kuda Panicum maximum Rumput gajah Pennisetum Kekacang sentro Centrocema pubescence Daun kayu dan herba:Nangka Artocarpus heterophyllus Cempedak Artocarpus integer Tempunik Artocarpus rigidusAkar kala Clidemia hirta Paku miding Stenochiaena palustris Kelempung air Ficus grassularoides Kelempung burung Ficus albaKopi liar Fagrea racemosaTelinga gajah Macaranga gigantean Kemam Bredilia monoica Tinjau belukar Greenia corymbosa
Jenis daun yang sesuai juga untuk Rusa:Mengkirai Trema sppTempinis Streblus elongatesCempaka liar Gardenia tubiferaLudai Croton argyratusTulang Daing Melletia atropurpureaSial menahun Pternandra coerulenscensSenduduk Melastoma malabathricumSemalu Mimosa pudicaLalang Imperata cylindricalRumput parit Axonopus compressusRumput kerbau Paspalum conugatum
3 ekar – 100 ekor rusa Timur jika secara paddock= 1 ekar untuk 6-10 ekor rusa jika secara grazing/ padang ragut rumput.Untuk kaedah grazing maka yang sesuai bagi permulaan adalah seluas 30 ekar luas kawasan grazing seperti cara ternak lembu.
Kawalan dan jagaan-
Dipelihara secara separa bebas- Dibiar meragut setiap padok 6-7 hari- Stocking rate 1 hektar untuk 20-24 ekor rusa. Memberi makana) Konsentret 1.5 kg seekorb) Daun petai belalang, nagka, kesenai, senduduk, ubi keledek, cempedak 8 – 10 kg sehari seekor.c) Meragut rumput pastura, Bracharia decumbens
Kenaikan berat badan
Rusa sambar, berumur 5-6 bulan diberi makan konsentrat-750gm sehari, meningkat berat badan 0.3kg/ekor/hari.- Tanpa konsentrat kenaikan berat badan 0.125kg/ekor/hari.- Pemberian konsentrat dan garam jilat boleh memudahkan proses penjinakan ternakan rusa.-Air minuman bersih secukupnya.
Pagar Perimeter-Tinggi pagar 2.1 meter, sebaiknya 2.4 meter tinggi untuk rusa chital-Tiang pagar persegi 15 sm X 15 sm atau bulat berdiameter 15 sm.-Jarak antara tiang – 9 meter-Panjang 3 meter, dan ditanam 90 sm-Jenis ‘ Chain Link’ atau ‘Cyclone’-Jika ‘Chain Link’, tanam 15 sm dalam bersimen konkrit.
Pagar Padok / Petak Gunakan pagar cyclone-Ketinggian 1.8m-Tiang pagar persegi 10sm X 10 sm atau bulat dengan diameter 10sm.-Tinggi 2.5 meter, ditanam sedalam 75 sm-Jarak antara tiang pagar – 5 meter-Pintu padok keluar masuk utama boleh sampai antara 4 – 4.5 meter.
Keperluan Asas Takung air minum-Simen konkrit, tong , culvert-Bekas makanan sama ada Kayu, simen konkrit-Kandang berbumbung-Kolam mandian rusa (Sebuah kolam berukuran 9m x 3m x 1.5m)-Kawasan Rumput
PENYAKIT BERJANGKIT
Walaupun rusa merupakan haiwan ternakan yang mempunyai daya ketahanan yang tinggi tehadap serangan penyakit, namun rusa juga tetap mempunyai masalah kesihatan dan serangan penyakitnya yang tersendiri. Antara penyakit yang sering menghantui aktiviti penternakan rusa ialah :-
Serangan Kutu : Rusa yang diternak secara bebas khususnya mudah dihinggapi kutu terutama apabila tiba musim hujan pada hujung dan awal tahun. Masalah ini dapat diatasi dengan menyembur ubat kutu (Asuntol) dengan selang masa sekali dalam tiga minggu.
Sakit Mata :Lebih kerap berlaku dalam kalangan anak-anak rusa. Antara puncanya ialah mata anak rusa mudah tercucuk rumput sehingga menyebabkan mata luka dan berair. Masalah ini dapat ditangani dengan rawatan awal melalui choramphenicol
Luka-Luka :Sering berlaku terhadap mana-mana rusa tanpa mengira peringkat umur. Antara puncanya ialah rempuhan pada pagar, akibat objek tajam seperti sisa dawai duri, kaca, zink, paku, besi atau akibat masalah gigitan kutu. Untuk menghindari masalah ini, objek tajam perlu dikeluarkan dan dibersihkan dari tempat tinggal rusa dan penggunaan gusanex spray atau negusunt powder mampu untuk menangani atau merawat luka pada badan rusa.
Bisul :Bisul sering menyerang bahagian kaki, pangkal paha dan juga celah kuku rusa. Untuk mengetahui sama ada masalah ini menghantui kesihatan seharian rusa, pemerhatian diperlukan terutama apabila rusa berjalan.
Cacing :Masalah kecacingan rusa hanya dapat diketahui melalui ujian najis, dimana analisa terhadap najis rusa di makmal perlu dilakukan dari semasa ke semasa. Untuk mengatasi masalah ini, rawatan ubat cacing menggunakan synantic perlu diberikan dengan selang masa sekali dalam tiga bulan.
Parasitic :Ectoperasite (kutu, tick dan lice), internal parasite dan longworm.
Bacterial :Salmonelosis, tuberculosis ceptospirosis, brucellosis, H. S. pasteurellosis, pneumonia, johnnes disease dan meliodiosis.
Viral :Malignant catarrhal fever, foot and mounth disease, dan bovire viral disease.
Proto Zoal :Babesiosis, toxoplasmosis dan anaplasmosis
Kecacingan (endoparasit)
Menyebabkan penurunan berat badan dan kematian pada rusa-rusa muda Tanda-tanda : Diarea, depresi, terbaring dan tidak ceria. Jumlah telur cacing (FEC) >200 EPG = singnifikan.
Pengurusan pembiakan yang baik akan menghasilkan anak yang miliki berat lahir yang optima.
Pasteurellosis
Kematian kerana jangkitan septicaemia. Disebabkan oleh Pasteurella multocida Pencegahan : Pemvaksinan HSKurangkan stress.. Mendapat perlindungan yang baik dan pemakanan yang seimbang.
Clostridial - Tetanus ( Clostridium tetani )
Suntikan 2 doses pada umur muda dengan jarak 4-6 minggu.Enterotoxaemia ( Clostridium perfringen Type D )
Tuberkulosis
Disebabkan oleh Mycobacterium bovis.Kuman masuk melalui paru-paru, saluran pencernaan dan luka yang terbuka.Paru-paru terdapat masa padat yang encapsulated.Tanda-tanda : Berat badan menurun, kekurusan, berhenti makan, batuk, susahbernafas dan diarea.Limfe nodus membengkak dan membesar, bernanah terutama di bahagian atas leher dan dada.Lesi : Retropharygeal di bahagian leher dan kepala membengkak dan bernanah.
Pembiakan
Rusa adalah haiwan ternakan yang mempunyai kadar kelahiran tahunan yang tinggi, khusunya rusa jenis timorensis (exotic) disamping kadar kematian yang rendah, iaitu 2% - 5%. Namun begitu, rusa juga mempunyai musim mengawan dan musim melahirkan anaknya yang tersendiri.Antara musim mengawan bagi rusa ialah antara bulan Januari hingga bulan Mac. Sementara jarak atau tempoh bunting (gestation period) bagi seekor rusa betina ialah antara 5 hingga 10 bulan bergantung kepada jenis rusa. Namun begitu, musim mengawan merupakan musim yang perlukan komitmen dan perhatian yang tinggi dari para penternak kerana musim ini kerap berlaku pergaduhan dan pertarungan diantara rusa jantan dan rusa betina. Bagi mengatasi masalah pergaduhan ini, langkah pencegahan seperti pengasingan rusa baka dan rusa jantan yang lain perlu dilakukan.Bagi mengetahui sama ada baka rusa betina bunting atau sebaliknya, kaedah pemerhatian melalui rectal palpation dan menimbang berat badan rusa adalah cara yang paling mudah dan paling berkesan.
- Musim pembiakan Julai-September-Kadar kelahiran rusa sambar boleh meningkat 60% ke 85%, setelah rusa pembiak diberi makanan tambahan.-Kadar kelahiran rusa merah, 30%-Kitaran berahi – 17-18 hari-Lama berahi – 2hari-Masa kebuntingan – 235 hari- Kebuntingan dapat dikenal
a) Palpasi per rektal
b) Kenaikan berat badan
c) Perubahan saiz di bahagian abdomen
d) Ambing susu membesar
e) Vulva membesar
Penjagaan anak
Berat lahir 8 – 10 kg- Bangun selepas 20 – 30 minit dilahirkan-Anak rusa suka menyembunyikan diri dalam rumput / semak, lebih kurang 10 hari-Pusat disapu iodine, elak jangkitan kuman-Pemberian susu gantian
AKHIR KATA..Penternakan rusa ialah perusahaan baru yang belum lagi banyak diterokai secara komersial. Masih ramai orang menganggap bahawa rusa adalah binatang liar dan sukar dijinak. Menternak rusa ialah satu pelaburan terbaru serta cepat mengembang, menguntungkan dan juga kurang menggunakan keluasan tanah berbanding dengan ternakan bebiri atau lembu
No comments:
Post a Comment