KERBAU
KERBAU (Bubalus
bubalis) ialah binatang yang termasuk keluarga keluarga Bovidae yang
95% keujudannya adalah di Asia termasuk di Malaysia. Kerbau liar (Water
buffalo) masih dapat ditemui di Malaysia ,Pakistan, India, Bangladesh,
Nepal, Bhutan,Vietnam, China, Filipina, Taiwan, Indonesia dan Thailand.
Kebanyakan kita akan membayangkan bahawa kerbau adalah binatang yang sukakan
tempat berlumpur dan berair seperti kawasan sawah dan paya untuk mereka
berkubang. Kerbau di Malaysia dan Indonesia serta negara jiran lain sejah zaman
dahulu digunakan didalam aktiviti membajak sawah padi atau menenggala tanah.
Alat tenggala akan diikat pada badan kerbau yang menariknya dengan gagah.
Bagaimana pun teknologi ini telah ditukar dengan penggunaan jentera bajak sawah
yang lebih cekap, cepat dan hasil menyedia kawasan sawah dengan lebih baik.
Bagaimana nasib kerbau selepas era membajak sawah amat terkesan apabila
populasi kerbau di negara kita amat berkurang sekali. Daripada rujukkan saya
dengan laporan statistik Kementerian Pertanian, hanya sebanyak 2,468 ekor
kerbau yang didaftarkan dengan Jabatan Veterinar. .Sebahagian kerbau liar kini
berkurangan dimana masa akan datang tidak akan ada lagi populasi kerbau liar
yang dapat ditemui.
Beberapa testimoni akhbar
mengenai kerbau untuk bahan bacaan dan rujukan.
Seekor kerbau jinak dewasa dapat
memiliki berat sekitar 300 kg hingga 600 kg tetapi kerbau liar betina dapat
mencapai berat hingga 800 kg dan kerbau liar jantan dapat mencapai berat hingga
1,200 kg. Berat purata kerbau jantan adalah 900 kg dengan tinggi purata di
bahagian bahu kerbau ialah 1.7 m. Salah satu ciri yang membezakan kerbau liar dengan
kerbau jinak adalah kerbau jinak memiliki perut yang bulat. Kerbau adalah dari
jenis Bubalus bubalis dengan tiga subspesies iaitu Kerbau Sungai
(B. bubalis bubalis) yang berasal dari Asia Selatan, Kerbau Rawa (B.
bubalis carabanesis) yang berasal dari Asia Tenggara dan Kerbau Liar
(B. bubalis arnee). Kini saya amat jarang dapat makan daging kerbau
tidak seperti ketika bertugas di Melaka sekitar awal 1980'an dimana ketika
menghadiri kenduri perkahwinan di sekitar Masjid Tanah dan Alor Gajah mereka
sering hidangkan daging kerbau. Daging kerbau mempunyai tekstur hampir sama
dengan daging lembu cuma berbeza dari segi warna daging, tahap kelembutan dan
juga ira daging yang kasar sedikit.
LAPORAN AKHBAR 1:
Susu kerbau sumber rezeki
Oleh OPAT RATTANACHOT
|
Salah seorang daripada enam pekerja mahir yang ditugaskan
memerah susu kerbau secara manual setiap hari. |
PADANG SERAI 14 Mac - Susu segar
kerbau yang kaya dengan kalsium, karbohidrat dan rendah kolesterol mampu
memberikan tenaga yang lebih kepada manusia. Disebabkan khasiat tinggi
tersebut, masyarakat negara ini sejak turun-temurun percaya bahawa meminum susu
kerbau turut mampu mengubati penyakit darah tinggi serta kencing manis. Namun, susu segar kerbau kini
semakin sukar diperoleh kerana minat memelihara haiwan tersebut di kalangan
masyarakat desa berkurangan. Menyedari hakikat tersebut, seorang jurutera
elektrik, Rizal Mansor, 45, mengambil inisiatif mengusahakan sebuah ladang
kerbau secara moden di Kampung Guar Lobak, Mukim Sidam Kanan, dekat
sini. Hasilnya, ladang yang memulakan operasi pada tahun 2008 itu kini
mampu mengeluarkan lebih 200 liter susu kerbau segar setiap hari.
Menurut pengurusnya, Fahrul Radzi Abdullah, 54, ladang seluas 0.8 hektar berkenaan mempunyai 25 ekor kerbau baka Marrah yang diimport dari India. "Kesemua kerbau ini ditempatkan di dalam kandang dua tingkat berukuran 200 x 60 kaki persegi. Bagi membiasakan haiwan itu dengan habitatnya, kita turut mewujudkan sebuah kubang di dalam ladang. "Walaupun dipelihara dalam kaedah moden, kubang masih diperlukan bagi membolehkan kerbau berendam di situ dan seterusnya menghasilkan produktiviti yang baik," katanya ketika ditemui pemberita di sini, baru-baru ini. Beliau memberitahu, enam pekerja mahir akan ditugaskan untuk memerah susu secara manual setiap hari. "Proses memerah susu dilakukan dua kali sehari dengan pengeluaran antara 10 hingga 20 liter bagi seekor kerbau," katanya.
Tambahnya, setiap kerbau betina boleh menghasilkan susu secara maksimum dalam tempoh beberapa minggu selepas melahirkan anak. "Selepas tempoh 300 hari, susu yang dihasilkan akan berkurangan. Namun, dengan perkembangan teknologi, kita telah menyediakan makanan tambahan kepada kerbau terbabit agar terus mengeluarkan hasil tenusu," jelasnya. Ditanya mengenai kaedah peliharaan, Fahrul Radzi berkata, kerbau import tidaklah begitu sukar dijaga berbanding kerbau tempatan. "Kita cuma perlu bersihkan kandang setiap hari sebelum kerja-kerja memerah susu dilakukan," jelasnya. Katanya, untuk memastikan bilangan kerbau bertambah, pihaknya turut menempatkan seekor kerbau jantan bersama dua kerbau betina untuk tujuan mengawan pada satu-satu masa.
Beliau memberitahu, harga pasaran bagi setiap kilogram susu adalah sekitar RM10 sekilogram. "Permintaan daripada pelanggan amat menggalakkan malah melebihi pengeluaran setiap hari. Antara khasiat meminum susu kerbau ialah menghilangkan keletihan di samping menurunkan kadar hipertensi (darah tinggi) serta kencing manis," ujarnya. Dalam perkembangan berkaitan, Fahrul Radzi berkata, ladang ternakan kerbau itu sering menjadi tumpuan bukan sahaja di kalangan peniaga tenusu tetapi para penuntut universiti. "Ladang ini sentiasa dibuka untuk orang ramai untuk melawat. Selain itu, para pelajar universiti sering menjalankan penyelidikan di sini," jelasnya. Katanya, pihak ladang turut menggalakkan orang ramai terutamanya petani dan usahawan bumiputera menceburi bidang tersebut yang menjanjikan pulangan lumayan. "Mereka yang berminat boleh datang ke ladang kami di Kampung Guar Lobak ini pada setiap masa," jelasnya.

LAPORAN AKHBAR 2:
Kerbau simbol masyarakat Bisaya
Oleh RANIA PARAN
utusansarawak@utusan.com.my
|
Seorang peserta bersama kerbaunya yang telah dihias pada
Pesta Babulang 2010 di Kampung Batu Danau, Limbang, |
LIMBANG 12 Julai - Walaupun tidak
secantik kuda, namun kerbau atau kuntul dalam bahasa tempatan merupakan haiwan
ternakan yang amat penting dalam kehidupan dan budaya komuniti Bisaya di utara
Sarawak. Selain digunakan untuk melakukan kerja menarik bajak di sawah, kerbau
amat sinonim dengan kaum itu. Sehubungan itu, tidaklah menghairankan
apabila hampir setiap keluarga di Limbang mempunyai haiwan ternakan itu.
Malah jika berkunjung ke perkampungan Bisaya seperti Batu Danau, pelawat
berpeluang menyaksikan kanak-kanak bermain dan bermandi di sungai dengan anak
kerbau mereka. Bahkan, jika berani, kita boleh membiasakan diri menunggang
kerbau yang berbadan agak lebar dengan lenggangan bergoyang. Namun
ketiadaan pelana khas untuk menunggang kerbau menyebabkan aktiviti ini kurang
digemari sebaliknya hanya terhad kepada golongan belia.
Pengalaman penulis berkunjung ke Limbang sempena Adau Gayo Babulang atau lebih dikenali sebagai Pesta Babulang baru-baru ini memberikan pengalaman yang cukup bermakna. Ini kerana komuniti Bisaya masih mengekalkan pertalian rapat dengan kerbau yang jarang diamalkan masyarakat lain di negara ini. Bagi mereka, bilangan kerbau yang dimiliki menggambarkan simbol status sosioekonomi seseorang itu dalam komuniti Bisaya. Sebagai contoh, di Kampung Batu Danau, seekor kerbau dewasa berharga tidak kurang dari RM4,500, bayangkan pula jika seseorang itu memiliki 50 ekor kerbau atau lebih. Pendek kata, kerbau melambangkan status seseorang itu, bahkan seseorang lelaki Bisaya bujang digalakkan memiliki beberapa ekor kerbau sebagai pelaburan. Untuk majlis perkahwinan misalnya, pihak lelaki perlu menyediakan beberapa ekor kerbau untuk disembelih bersempena dengan majlis perkahwinan selain hantaran. Harus diingat, wanita dari etnik Bisaya juga berhak meminta kerbau sebagai hantaran perkahwinan daripada pengantin lelaki.
Selain perkahwinan, kerbau turut disembelih semasa upacara kematian dan pesta keramaian seperti Babulang. Ringkasnya, amat jarang majlis atau upacara kebudayaan kaum Bisaya diadakan tanpa kerbau!. Oleh kerana pentingnya kerbau dalam kehidupan mereka, maka tidak hairanlah dalam buku Adat Bisaya (2004) terbitan Majlis Adat Istiadat Sarawak terdapat 14 daripada 209 Seksyen melibatkan kerbau. Disebabkan nilai komersial yang tinggi, maka kes pencurian kerbau masih berlaku hingga ke hari ini. Kini kaum Bisaya begitu terkenal bukan sahaja di Sarawak bahkan seluruh Malaysia melalui penganjuran sukan lumba kerbau yang diadakan setiap tahun di Kampung Batu Danau. Pengerusi pengelola Adau Gayo Babulang Bisaya 2010, Latip Sapong berkata, sebelum ini lumba kerbau diadakan di kampung-kampung sebagai hiburan selepas penat bekerja di sawah.
Bagaimanapun, sejak Pesta Babulang diperkenalkan pada 2004, lumba kerbau semakin popular dan menjadi tarikan baru khususnya kepada pelancong yang datang ke Limbang. ''Kini ia begitu sinonim dengan kaum Bisaya di Limbang. Bahkan ia terus mendapat sambutan di kalangan pelancong dan pelawat tempatan. ''Pesta Babulang kini dimasukkan ke dalam kalendar pelancongan Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) sejak dua tahun lalu," katanya. Antara peraturan tetap pertandingan ialah hanya kerbau jantan dibenarkan bertanding kerana penyertaan kerbau betina menghilangkan tumpuan kerbau jantan. Selain itu, kerbau yang berhenti lebih 30 minit atau menyimpang dari laluan asal ketika bertanding akan dibatalkan penyertaannya manakala penunggang kerbau pula hanya dibekalkan tali untuk mengawal kerbau. ''Itu antara syarat yang harus dipatuhi bagi memastikan pertandingan berjalan lancar. Namun apa yang menarik, pertandingan lumba kerbau ini menyamai acara yang diadakan untuk pelari biasa," kata Latip.
Beliau berkata, antara acara yang dipertandingkan pada Pesta Babulang tahun ini ialah larian satu pusingan (400 meter), larian 800 meter, lari 4 x 400 meter, lari 100 meter dan lari 4 x 100 meter. Katanya, kategori yang dipertandingkan adalah lumba kerbau besar pantai, kerbau kecil dua pusingan, berganti-ganti; kerbau besar dan kerbau kecil, kuntul berhias dan kerbau cantik, kerbau kecil pantai dan kerbau besar dua pusingan. ''Setiap tahun acara ini menarik lebih 5,000 penonton yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menyaksikan keunikan haiwan peliharaan ini berlumba," katanya. Jelas Latip, penganjuran Pesta Babulang yang sememangnya amat sinonim dengan kaum Bisaya bertujuan menerapkan penghayatan kebudayaan dan permainan tradisional dalam kehidupan.
Selain itu, katanya, sukan lumba kerbau diperkenalkan bagi menjadi satu produk pelancongan Sarawak di samping menyubur semangat kerjasama dan kekitaan di kalangan masyarakat berbilang kaum di sini. Menurutnya, pada tahun ini, pelbagai acara telah disusun sepanjang Pesta Babulang antaranya persembahan kebudayaan Bisaya Sarawak, pertandingan memasak daging kerbau dan sukan rakyat antara cawangan Persatuan Bisaya Sarawak (PBS). ''Selain itu, pertandingan Ratu Kebaya Badoro untuk wanita berkahwin dan berusia 40 tahun ke atas dan Ratu Agak Babulang untuk perempuan bujang berusia 17 tahun ke atas turut diadakan," katanya. Pesta Babulang tahun ini turut disaksikan oleh kira-kira 100 kaum Bisaya Sabah yang diketuai Datuk Lajim Ukin selaku Presiden Persatuan Bisaya Bersatu Sabah. Latip memberitahu, Pesta Babulang tahun ini dianjurkan bersama PBS dan Pejabat Residen Bahagian Limbang. Jelasnya, Pesta Babulang ini bukan sahaja memperkenalkan budaya dan adat tradisi keunikan kaum Bisaya, namun pada masa yang sama memelihara perpaduan semua kaum sejajar dengan semangat 1Malaysia. ''Ini kerana, pesta itu turut membabitkan penyertaan kaum-kaum lain termasuk Iban, Melayu, Kedayan dan Orang Ulu. Gabungan inilah menjadikan Pesta Babulang begitu unik," katanya.

LAPORAN AKHBAR 3:
Tip penjagaan kerbau
Oleh AZLINA MOHAMMAD
Taman Pertanian Universiti, UPM
DALAM istilah zoologi, kerbau diberi nama Bubalus bubalis dan dalam subkeluarga Bovinae Suatu waktu dahulu, ternakan kerbau begitu bermakna kepada kehidupan masyarakat Melayu. Banyak bakti yang disumbangkannya termasuk dalam kerja-kerja pertanian seperti membantu proses penyediaan ladang tanaman dan mengangkut hasil-hasil pertanian. Kerbau juga boleh menghasilkan sumber protein seperti susu dan daging. Dalam perayaan tertentu masyarakat kita mengadakan pesta laga kerbau. Kerbau juga menjadi penanda aras kekayaan seseorang, seseorang ahli masyarakat itu akan dikatakan kaya-raya bila mana memiliki jumlah ternakan kerbau yang banyak. Bagi masyarakat Lumbawang Sarawak, kerbau juga dijadikan sebagai mas kahwin dan bilangan kerbau ditetapkan mengikut status keluarga perempuan. Beberapa peribahasa Melayu dapat menjelaskan betapa akrabnya ternakan kerbau dengan masyarakat kita. Antaranya, ‘Seekor kerbau membawa lumpur, habis sekampung terpalit’, ‘Sejauh mana pun terbangnya bangau, pasti ke belakang kerbau juga akan kembali', mandi kerbau dan lain-lain.
LAPORAN AKHBAR 4:
Kisah daging kerbau
SEORANG
pensyarah yang membuat kajian berkaitan daging import memberitahu Awang bahawa
hampir 80 peratus daging import yang berada di pasaran adalah dari India.
Di India, semua tahu bahawa lembu adalah ternakan suci bagi penganut agama Hindu yang merupakan agama rasmi negara tersebut. Mana mungkin lembu menjadi ternakan eksport India. Menurut pensyarah itu, didapati ternakan yang disembelih secara komersial adalah kerbau yang selalu dirujuk sebagai Indian Beef. Ini bermakna daging import dari India yang dinikmati oleh kebanyakan rakyat kita sejak sekian lama adalah kerbau dan bukannya lembu. ''Saya kecewa kerana rakyat kita disajikan dengan daging kelas tiga. Yang lebih menyedihkan selama ini kita tidak dimaklumkan bersungguh-sungguh bahawa daging yang dimport dari India adalah kerbau," katanya. Berdasarkan kajiannya juga, ramai pengguna tidak mengetahui tentang perkara itu. Di India, kerbau digunakan untuk mengusahakan tanaman sawah iaitu membajak dan pelbagai kegunaan lain. Kerbau yang masih muda digunakan untuk bekerja dan yang melebihi lima tahun atau dianggap tua, dijadikan daging eksport. ''Cuba kita bayangkan, yang kita makan sudahlah daging kerbau, malah tua pula," katanya sambil menunjukkan lampiran kajian daging kerbau tua amat kurang khasiatnya, apatah lagi jika dibandingkan dengan daging lembu import dan tempatan yang lebih berkhasiat.
Awang tersentak kecil apabila diberitahu bahawa banyak negara termasuk Indonesia telah lama melarang import daging kerbau. Negara itu cuma mengimport daging berkualiti dari Australia. Lalu Awang bertanya mengapa Malaysia mengimport daging kerbau dari India. Jawapannya - harga lebih murah. Nampaknya faktor harga murah dijadikan kewajaran bagi lambakan daging kerbau di negara ini. Pertanyaan Awang lagi, mengapa hal ini tidak diberi penekanan kepada kerajaan, jawapannya - tidak mungkin berkesan. Pensyarah itu mendakwa bisnes daging import terutama kerbau, sudah dikuasai kartel bukan Melayu. Itulah realitinya, makanan halal untuk Islam dikuasai bukan Islam. Awang sekadar lontarkan isu ini untuk renungan semua demi kepentingan rakyat. Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani serta Jabatan Perkhidmatan Veterinar perlu menjelaskan kedudukan sebenar. Jika apa yang disampaikan ini salah dan tidak tepat, harap perbetulkan.
Tetapi yang lebih penting pada Awang ialah persoalan berkaitan keselamatan makanan (food security) yang merupakan antara tonggak utama dalam pertahanan menyeluruh sesebuah negara. Penternakan lembu dan kambing tempatan perlu diperhebatkan sebagaimana yang dibuktikan menerusi kejayaan Thailand. Industri penternakan termasuk yang diusahakan oleh penduduk kampung boleh mendapat manfaat. Potensinya amat besar tetapi usaha yang ditampilkan nampak terhad. Kita tidak bersungguh-sungguh kerana lebih ghairah mengimport ternakan luar sehinggakan daging kerbaupun digambarkan sebagai lembu. Sebenarnya banyak lagi persoalan yang melingkari isu-isu penternakan. Agaknya apa lagi yang kita tidak tahu dan tidak diberitahu...

No comments:
Post a Comment